September 14, 2011

Soalan nombot 4

Ini mai makcik nak membebel pasal soalan nombor 4 dari entri di bawah.

Alkisahnya sejak kunci syurga bertukar tangan daripada makbapak pi kat Encik Stateskop, hal-hal pembiakan beranak pinak ni mestilah bermain di minda dan bibir masyarakat sekeliling.
Ya, bukan di minda aku tapi di minda orang lain.

Aku? Lek lu....

Point pertama, aku memang nak grad dulu. Sebab aku tahulah kapasiti aku sendiri. Aku tahu aku bukan supermak. Superbini (Adibini?) pun bukan. Kuasa adiwira aku adalah supertidur.

Sebenarnya kalau bukan sebab tak kerja lagi pun, aku belum bersedia.
Sekarang pun aku rasa bersyukur sangat aku masih berdua dan berbulan madu. Sebab ada banyak benda aku masih cipong eh apada silap eja...maksud aku, coping dengan marriage. Banyak lagi benda aku dan Encik Stateskop masih belajar, dan aku perlukan masa untuk menjadi isteri sebelum menjadi ibu.
In other words, aku nak belajar jadi isteri (top priority) dan barulah kemudiannya fikir tentang menjadi ibu (nombor dua). Bagi aku, rumahtangga yang aman adalah hadiah terbaik kau boleh kasi pada anak-anak.

Lagipun walaupun aku dah kahwin, aku bukan sahaja pegang jawatan seorang isteri, tapi aku masih seorang anak, seorang adik, seorang kakak dan seorang makcik. Dan aku juga seorang menantu, kakak ipar dan bakal makcik.

Dan aku nak ada simpanan RM100K untuk anak aku by the time my water broke.
Sekarang yuran kolej sendiri pun tak lepas lagi.
Ingat pergi klinik takyah bayar? Beranak tu bayar dua tiga puluh ringgit? Lampin guna daun pisang? Eh daun pisang pun bukan percuma kut.
Oqeh dah, dah. Tak payah nak beri tazkirah. Aku pun yakin dengan rezeki Tuhan. Parents aku pulak terlebih yakin dengan rezeki Tuhan dan subsidi kerajaan kut. Sebab tu aku kena tanggung diri sendiri bila masuk universiti.

Memang lah anak tu bawak rezeki, tapi bukankah kita selalu jumpa orang miskin yang ramai anak?
Sebab walaupun Tuhan confirm akan bagi rezeki, tapi kita ada aqal untuk fikir logik. Logik ke kalau bini kau pun tak cukup makan, lepas tu kau yakin kau akan hidup senang bila ada 3 orang bayi dalam household kau?
Aku taknak mengharapkan bantuan kerajaan atau subsidi atau pinjaman pelajaran. Itu semua last resort.


It's not that I hate kids. I love my nephews and nieces to bits.
But I don't ache with longing when I see infants the way I do when I see Audi S5.

I have a crush on Audi since I was 6 or 7

Aku bukan kau, kau bukan aku.
Kau boleh beranak tiap-tiap tahun dan be happy, itu hal kau. Takde kaitan dengan aku.

Ahli keluarga, if you're reading this...Maaf kalau kau anggap ini berita buruk. Maaf sebab bagitau berita buruk. It's not gonna happen soon.


Dalam hidup aku, aku dah jumpa ramai wanita yang ada masalah untuk hamil. So aku tahu betapa sensitifnya mereka terhadap soalan 'bila nak ada anak tu'. Sebab tu aku tak tanya soalan macam tu.
Sama macam kalau aku tengok badan dia berisi, aku tak akan tanya dia preggy ke....sebab kalau tak mengandung malulah dia (dan aku juga) bahalol!
Bagi aku, kalau orang tu nak kau tahu dia pregnant, dia akan bagitau. Tak payah tanya.

Banyak lagi soalan lain yang boleh ditanya untuk berbasa-basi.
Kau boleh baca di blog ni sebagai pedoman.


Aku untung, dalam keluarga aku takde yang bertanya. Kalau ada pun, mereka tak tanya depan-depan, takut aku sensitif. Mereka bisik pada sepupu atau adik beradik aku. Baguslah.
Aku cuma boring bila berada di komuniti set sosial Encik Stateskop. Kesian pada beliau.
Kitorang pergi pasar tani pun ada orang tanya beliau. Bila dia jawab telefon pun, aku dengar dia jawab soalan tu. Aku agaklah, mereka ni jenis yang asal nikah je, esok terus mengandung kut, tak payah tunggu kenduri. Kasar ke ayat aku ni? Maaflah, itu sejujurnya apa yang aku fikir.
Aku biasa je jumpa pasangan takde anak, dan aku tak curious pun nak tahu apa kisah hidup dia sebab pada aku itu private. Well yes, I was raised to be an individualistic person.

Waktu tu lah aku terfikir, aku yang belum merancang pun dah sangat annoyed, bayangkan orang lain yang dah buat IVF berbelas kali tu. Tertekan weh bila orang tanya. Jatuh self-esteem dia. Bukannya salah dia, dah Tuhan tak beri rezeki dari aspek itu.


Sebut pasal merancang, ini satu lagi masalah aku dengan golongan terlebih concern ni.
Ada jugak yang tanya, "Dah pregnant ke, ke plan?"
Aku akan geleng dan cakap tak, lepas tu air muka diorang keliru so aku cakap 'erm ya, eh tak plan lagi pun'. Dan mereka masih keliru dan aku pun keliru.
Setahu aku 'planning for a baby' means kau tengah cuba nak concieve (TTC). Bukannya bermaksud menggunakan kaedah kontrasepsi.
Bila English dimelayukan aku pun dah tak reti nak communicate.

Bila fikir balik, apa faedah kau nak tahu orang tu plan ke tak? Mungkinkah anda ejen jualan langsung produk perancang kehamilan?


Dah, tak perlu tanya soalan macam tu kecuali pada BFF kau sendiri.
BFF aku pun tak tanya soalan tu. Sebab dia tau lah aku mesti excited bagitau dia punya bila aku pregnant.
Itu hal peribadi, oqeh. Jangan tanya orang yang kau tak rapat, apatah lagi orang yang kau pertama kali jumpa.

Dan juga aku taknak tiba-tiba Encik Stateskop nak anak hanya sebab tertekan dengan pertanyaan orang walaupun hakikatnya kami belum bersedia baik dari segi mental, kewangan, emosi, tempat tinggal etc.
It won't be fair for our kid(s). I want the best for my child(ren) and I aim for quality and not quantity.

Aku nak belajar jadi penyabar dan kurang self-centered dulu baru boleh jadi ibu.
Kalau benda tu datang secara automatik, mestilah dalam dunia ni takde parents yang teruk.


Setakat ni, aku bersyukur aku bukan jenis yang ramah sangat so orang pun tak ramah sangat dengan aku.
Aku bersyukur aku masih punya masa untuk bermanja dengan Encik Stateskop.
Aku bersyukur aku tak rasa rugi apa-apa pun.
Walaupun hidup aku kekurangan sekarang, tapi at least aku tak serabut.

Kau
?

7 suicidal thought(s):

bellidler said...

Agree, terutama time2 tipikal berkumpul. Mcm 1 ritual.. Kadang jadi comparison, walaupun tak scr direct.. Bukan concern sgt pun, buat modal canang je kadang...

weed something out said...

Setakat ni, aku bersyukur aku bukan jenis yang ramah sangat so orang pun tak ramah sangat dengan aku.


* agak sama di situ, dan sempena esok hari malaysia, saya akan menyambung topik ini di ruang blog sendiri. (ntahapa2 kaitan. hahah)

:D

cik puan olympus said...

bila baru nikah, diorang tanya bila nak dapat anak... bila dah dapat anak, diorang akan tanya bila nak tambah... bila dah tambah, diorang akan cakap bila nak ramaikan lagik anak... well, people will never ever stop asking all these question.

aku ni memang berisi... and i've a love handle (read : perut moncit) hehehe... diorang siap pegang usap2 n tanya : dah ada isi yeak... depan orang ramai okek... can u imagine my feeling n how embarassed i am masa tu...

sadis!

Lady RaRa said...

jujur

AKU SERABUT!

muahahah! enjoy ur life wey! aku sekarang kena enjoy dalam cara aku sendiri

enjoy dengan anak kecik, berak taik, rumit renyah, dan mata buntang tak tidoq malam!

do i have any other option? nah!

The Wallflower said...

kekurangan tapi tak serabut jugak.

Syafinaz said...

Andai la yg bertanya itu setiap kali tanya terus hulur duit,alangkah baguskan?

Hehehehe!

Ala,sesungguhnya hanya kita dan Allah swt shj yg tahu.

Aku lebih kurang 2 tahun br pregnant.Ada juga yg bertanya tp aku buat derk je sbb mak aku rock,dia ckp enjoy dulu ko laki bini.Hahaha!

Dan aku pun syukur dikala ankku itu lahir,kami sudah stabil segala dan alhamdulillah dia dpt apa yg sepatutnya kami as a parents bagi.

♥khyra_niez♥ said...

persoalan insan bernama wanita, perempuan. mmg tak habis2. bila bujang asyik ditanya bila mau nikah. bila dh nikah sibuk pulak bertanya bila mau punya anak.

agaknya bila mereka ini akan berhenti bertanya perkara2 blh dibuat bahan mengumpat waktu senggang ni...