Sekarang biskut Munchy's pula. Aku harap orang yang memulakan sms palsu itu bukan orang Islam (albeit most likely). Kerana sudah terang lagi ternyata yang menyebarkan (forward) pada orang lain itu adalah orang Islam.
You know, 'sebarkan kalau anda sayang Islam'.

Dari aku kecik sampai la ni ada lagi desas-desus pasal kedai-kedai yang branding dalam Bahasa Inggeris ni tak halal.
Aku cakap macam tu sebab yang biasa kena adalah chained restaurant dan franchaise je.
Mana ada orang kecoh-kecoh kedai Tomyam 2000 atau Ali Maju atau Shahjahan Majoo atau Mak Minah Cafe tak halal, walaupun restoran mereka hagham tak pernah langsung nak apply sijil halal.
Kalau nama kedai tu dalam bahasa orang putih memang selalu kenalah.
Kalau nama kedai tu berbunyi seperti bahasa arab seperti Tarbush, Wadi Hadramaut, Ar-rausya dan Naeb tidak pula orang persoalkan. Tapi kedai-kedai arab ini ada sijil halal kah?
Satu lagi perangai, jenis yang tak update.
Kalau 4 tahun lepas kedai tu tak halal, sampai sekarang duk halang orang jangan makan produk tu walhal dah lama disahkan halal.
Selain menyebarkan fitnah, kamu jangan lupa yang kamu menghalang rezeki orang Islam yang bekerja di premis atau kilang produk itu.
Atas dunia ni bukan kau sorang yang kisah halal-haram. Pekerja-pekerja muslim Secret Recipe, McDonald's dan Munchy's juga kisah halal-haram ni. Diorang pun taknak jual makanan haram.
Dan kau mungkin pandang lekeh pada aku sebab cara berpakaian aku. Muzik yang aku dengar. Bahasa yang aku guna.
Kau mungkin ingat orang macam aku dan kawan-kawan dan keluarga aku jenis tak kisah makan yang tak halal. Keluarga kau je lah yang jaga pemakanan ni.

Starbucks? Ye, Starbucks juga disahkan halal. Sijil halal mereka belum tamat.
Boleh check sendiri.
Kalau kau tak berkenan harga kopi Starbucks mahal, dah, kau boleh didik anak-anak dan adik-adik kau supaya jangan membazir. Tapi kau takde hak untuk memfitnah syarikat yang merupakan sumber rezeki saudara seagama kau.
Aku pun tak minum Starbucks sejak beberapa tahun ni disebabkan harganya, tapi aku takdelah nak jatuhkan hukum haram terus.
Macam ni lah, kau tak yakin tak payah lah makan, dan tak payah lah nak sebarkan benda yang tak sahih. Tapi yang menyebabkan kau tak yakin adalah sebab kau sendiri tak nak check dengan JAKIM. Patutnya kan nabi dah ajar kita, bila dengar berita, selidik dulu. Kalau tak yakin jangan sebarkan.
Kesiannya kita ni, duduk negara sendiri pun susah nak cari makanan halal ye.
Balik-balik makan nasi putih berlauk ikan cicah sambal belacan. Eh macam sedap lah pulak.
Sebab nak makan western semua tak halal ye?
Kalau pergi luar negara macamana? Telan liur je lah.
The thing is, kalau kau makan di kedai tomyam, atau mamak, atau kedai klate mereka pun tiada sijil halal. Cumanya at least yang memasak tu muslim. Solat ke tidak itu kita mana tau. Apa yang aku nak cakap kat sini, although tukang masak dan pemiliknya muslim, yang menjadi masalahnya ramai antara mereka yang mengamalkan ilmu pelaris.
Maksud aku, ilmu pelaris yang tak selari dengan agama.
Ini aku biasa dengar dari orang-orang yang ada kelebihan hijab terbuka, boleh nampak benda-benda tu lah. Mereka kata, memang banyak warung, restoran dan katerer guna ilmu pelaris. Bukannya tokey Starbucks dan Secret Recipe yang main bomoh ni.
Effectnya kalau termakan benda pelaris ni mungkin kita tak nampak tapi macam makan benda tak halal lah.
Mungkin effect dari segi kesihatan, kecerdasan, atau akhlak, atau produktiviti.
Tapi takpe, ada beberapa doa yang boleh diamalkan ketika makan di luar untuk tidak terkena pelaris ini.
Contohnya doa ini.
Aku sudah beberapa kali juga berpengalaman makan di kedai yang disyorkan orang kununnya sangat sedap. Bila aku cuba, satu apa pun tak sedap. Entahkan ilmu pelaris, entahkan taste aku memang tak sama dengan orang lain.
Memanglah, kalau diberi pilihan kita akan memilih kedai milik orang seagama. Tapi bila difikirkan balik, kedai mereka yang tak banyak ada sijil halal.
Sekali-sekala nak juga makan di kedai lain, yang mungkin pemiliknya bukan muslim. Tapi at least, restoran berantai ni kemungkinan pakai pelaris tu rendahlah nak dibandingkan dengan warung-warung.
So berdasarkan info yang ada, pandai-pandailah pertimbangkan.
Dulu orang marah aku 'sibuk backup Secret Recipe', la ni nak marah aku 'backup Starbucks' pulak.
Aku takde untung apa pun. Buat apa aku nak backup premis-premis tu?
Aku cuma nak backup kebenaran. Bila kau dah tuduh kedai tu tak halal, kau dah tuduh aku makan benda haram.
Sia-sia buat website halal JAKIM tu kalau rakyat Malaysia still nak percaya pada rumours. Dah percaya, sebarkan pulak tu.
Habis islamik lah sebarkan benda tak sahih tu?
.

5 suicidal thought(s):
first!!!
eh, koran kata rezeki yang terbaik adalah yang halal dan toyyiban.
dan setakat ni aku rasa masakan yang terbaik adalah dari dapur rumah.
Yes,the first entry yg saya baca dlm blog ni adlah pasal secret recipe..sbb ms tu tgh kecoh2 Secret Recipe tu x halal n sadly sy adalah peminat tegar banana choc cakenya dan tgh cari info pasal halal haram nih.Jujur sy ckp entry tu buka mata sy utk selidik dahulu dr sumber yg sahih b4 sebarkan email or sms mcm tu.
My first reaction adalah lega bkn disbbkan sy boleh continue mkn my fav cake tp sbb sy tahu sy x mkn benda haram spt yg dihebohkan.
Anyway,thanks for sharing
Omai.
Dulu, saya ingatkan cuma orang yang tak berpendidikan (tak kisahlah pendidikan Islam ke pendidikan moral) saja yang suka sebarkan benda tak sahih macam ni.
Tapi kemudian bila kerja, inbox saya penuh dengan email fwd dari manusia muslim yang lulusan luar negara, gaji puluh ribu dan di dahi ada tanda lebam. Dan sesetengahnya ada prefix Dr. (bukan Rosmey, saya pasti), Ir., Ar. dan Sr. depan namanya (yang statusnya sahih kot sebab mereka dalam lingkungan kenalan/keluarga yang sama). Tengok alamat yang di cc pula, kebanyakan emel dengan domain syarikat tahap multinational.
Pelik. Peer pressure ke mereka ni? Bila baca, mesti fwd. Sahih atau tak, belakang kira. Refleks? Lepas terima, fwd? Profesional (kot) dalam kerjaya masing-masing, tapi bodohbengap juga bila hal-hal elementary begini? Tak ada common sense?
Atau boleh tak kita anggap semua ni sebagai konspirasi iluminati?
FTS!
ini best.tapi kenapa hanya dari sudut akal sahaja yang diguna kenapa tiada wahyu,ingat manusia adalah makhluk ciptaan yg paling lengkap berbanding yg lain jin dan malaikat.bererti nafsu.jika ada hujah diselitkan dengan wahyu rasanya lagi kuat.atas dasar ini juga perlukan gabungan kedua2nya bagi memandu manusia.
dan yang ini:
"The thing is, kalau kau makan di kedai tomyam, atau mamak, atau kedai klate mereka pun tiada sijil halal. Cumanya at least yang memasak tu muslim. Solat ke tidak itu kita mana tau. Apa yang aku nak cakap kat sini, although tukang masak dan pemiliknya muslim, yang menjadi masalahnya ramai antara mereka yang mengamalkan ilmu pelaris"
aku setuju kerna ada ayat yg menyatakan tentang solat 5waktu.segala tingkahlaku disoal dulu tentang solat.sbnya jika orang ada ilmu terbang atau ghaib usahlah kau takut atau kagum.ternyata akan disoal tentang solat.
kesimpulannya,aku harus sedar bertapa sedikitnya usaha ku untuk halal dan haram.sedikit sebanyak tulisan para blogger membantu.tapi juga harus ditapis berkali-kali juga tiada masalah."responsibility and accountability"
agak-agak ada isu hijab tak?atau "hijabster"(hipster) bakal menjadi tajuk saudari ini?
Oh boy that must be someone from my social circle.
Post a Comment