Maka pensyarah aku bertanya, why?
Aku jawab lah menggunakan contoh The Pursuit of Happyness yakni kisah hidup Chris Gardner. Chris hanya gembira bila dapat kerja sebagai stock broker. Kenapa? Sebab ada pendapatan tetap maka beliau boleh berikan yang terbaik untuk anaknya. Lantaklah takde bini pun dia tetap happy. Oh tak aku tak guna ayat tu dalam kelas.
Kemudian timbullah isu definisi dan konsep 'happiness' ini.
Happy boleh bermaksud 'state' ('keadaan') ataupun sifat/personaliti seseorang.
Jika happiness sebagai 'state', contohnya macam...aku tengah happy sebab ada perempuan cantik cakap aku cute.
Jika happiness sebagai sifat....perempuan tu dah lah cantik, happy-go-lucky pulak tu.
So happy lah orang yang dapat couple dengan perempuan tu. Eh? apa tadi?
Bagi aku, wang boleh memberi happiness untuk kedua-dua konsep di atas. Terutamanya happiness as a state lah. Contoh paling senang, ramai orang gembira di hujung bulan kerana baru dapat gaji. Gaji dalam bentuk wang. Maka wang buat mereka gembira. Dan syukur.
Untuk long term juga, wang memberi effect.
Aku kasi contoh diri sendiri lah.
Aku happy membesar dalam rumah yang selesa yang terletak di cul-de-sac.
Itu adalah kerana ayah aku mampu beli rumah itu. Takde kolam renang, takde walk-in-closet. Tapi aku happy. Chris Gardner pernah tidur dalam toilet je sebab takde rumah. Kau ada?
Aku happy dapat pergi ke sekolah, dan kelas agama, dan masuk universiti.
Sebab ayah aku mampu bayar yuran.
Ada je orang tak mampu sekolah. Maka bersyukurlah kita hendaknya.
Aku happy bila dapat contact family and friends.
Sebab (sugar daddy) aku mampu belikan topup dan bayar internet.
Bukan semua orang mampu pakai handphone dna laptop oqeh? Reti bersyukur ke idak ni?
Aku happy dapat pergi reunion, dapat makan di Secret Recipe walaupun jarang, dapat minum Capri-Sonne, dapat potong rambut, dan dapat tengok wayang cerita Real Steel setelah kemurungan akibat thesis.
Sebab aku mampu bayar.
Kalau aku dah lama tak berlibur, kebetulan something happen dan aku murung, period pain lagi, mesti rasa nak rilek-rilek berlibur. Kalau takde duit? Dah lah murung, makan mee segera jenama Jusco pulak tu. Sedih sangat.
Kalau ada duit dapat sedekah kat orang pun kita rasa sangat gembira, kan?
Dalam rumahtangga pun, kalau dah stress duit tak cukup memang cepat je suami tu nak naik suara mahupun naik tangan bila berdepan dengan isteri. The thing about guys is, bila mereka tak mampu provide itu satu benda yang sensitif mungkin sebab rasa tak maskulin dan jatuh egonya. Mungkin suami kerja part time, isteri pulak boring suami sibuk. So kalau suami asyik nak hangen je, bini pun stress makan maggi dan nasi telur mata je memang lah rumahtangga tak bahagia.
Banyak lagilah contoh lain.
Bagi aku lah, orang yang cakap duit tak boleh buat dia happy tu mungkin lah orang yang tersangat kaya sampai hidup rasa kosong. Tapi orang-orang ini mungkin patut melakukan kerja amal dan selalu jumpa fakir miskin. Baru kau tau maksud 'kosong'.
Eh tak. Mungkin segala kemewahan kau patut ditukar hakmilik pada aku. Baru kau tahu betapa untungnya kau selama ni.
Kau tu kalau ada kencing manis pun at least boleh dapat rawatan lagi. Orang takdak duit ni, kena kusta pun takleh buat apa. Aku pernah tengok budak umur 18 tahun menangis dengan mak dia, depan mata aku di IJN sebab tak mampu nak buat operation. Berminggu-minggu duduk di wad kecemasan tapi tak boleh nak operate.
Kalau family kau banyak duit, at least bila sole breadwinner meninggal takdelah sampai kena pindah rumah setinggan, kena jual kereta, kena berhenti belajar. Tambah lah sedih untuk orang miskin kalau lepas ayah meninggal, kehidupan berputar 180 darjah.
Aku pernah merasa tinggal di flat ghetto oqeh. Dengan Che Mun.
Ada orang curi bateri kereta, curi lori, kena belasah pukul 3 pagi, mati kena bakar, mabuk dan mengamuk pukul 2 pagi, menengking siang malam, tiap-tiap hari kucing berak depan pintu rumah, gangguan makhluk mistik etc.
Memang sangat teruk. Sengsara betul tinggal di kawasan begitu. The thing is, sewanya murah. Kalau orang-orang tu ada duit, mereka pun taknak tinggal di situ. Mereka pun nak happy di neighborhood sendiri, tanpa perlu rasa takut dan gelisah sepanjang masa.
Sebab tu lah aku syukur sangat aku mampu pindah. Aku respek orang yang membesar di flat murah tapi masih 'menjadi' sebab kalau aku mungkin aku dah jadi tahapahapa. Korang memang hebat!
Aku cukup bengang bila kawan-kawan aku anak orang kaya, berkira sangat pasal duit dan komplen hidup susah sebab parents tak kasi banyak duit. Oqeh fine, parents kau mungkin tak kasi banyak duit untuk enjoy.
Tapi yuran dan duit makan kau mereka dah cover. Kau kerja part-time untuk pengalaman je.
Orang lain terpaksa bekerja untuk bayar yuran sendiri. Terutama yang bukan warganegara. Duit makan pun cukup-cukup. Kalau sekali berlibur, makan maggi seminggu.
Kau komplen hidup susah pun, parents kasi kereta.
Aku ni usahkan kereta, nak ambil lesen pun kumpul duit bertahun-tahun. Sampai la ni takdak kereta.
Tapi aku happy je. Sebab aku masih mampu nak naik LRT dan teksi bila perlu. Orang lain naik bas Metro lagi kesian kut.
Kau masuk universiti, boleh pilih apa je jurusan yang kau mahu.
Ada orang minat architecture, tapi tak mampu. Ada sorang pakcik ni, dah tua anak dah besar baru masuk uni ambil architecture.
Sebab parents dia takde duit macam parents kau.
Aku tak kata wang adalah segalanya. Tapi mengaku lah, kau juga akan sengsara kalau takde duit.
Kalau kau boleh baca blog ni, confirmlah kau bukan orang asli yang tinggal dalam hutan. Orang asli pun perlu duit, what?
Wang boleh beli kesihatan tak? Boleh.
Sebab makanan yang sihat adalah mahal. Maggi dan nasi putih kicap adalah tak sihat.
Supplement juga adalah mahal (terutama kalau kau terpedaya dengan helah MLM). Ini diakui oleh Dr Muhaya yang mengambil supplement. Beliau juga menekankan bahawa susu pekat adalah sangat tak elok untuk kesihatan. Tapi susu segar adalah mahal.
Persekitaran yang sihat juga adalah mahal. Rumah yang dekat kolam IWK murah kut.
Rawatan di klinik juga adalah mahal jika anda sakit dan mahu cepat pulih.
Kalau tak sihat, tak happy. Sihat, happy.
Wang boleh beli masa tak?
Dalam beberapa senario, boleh sebenarnya.
Contohnya pengalaman aku sebagai budak design, stationary yang menjimatkan masa untuk kau potong kadbod itu lebih mahal daripada pisau.
Kedai printing yang casnya mahal boleh plot kerja untuk lapan orang dalam masa sejam, tapi kedai yang murah print aku punya je pun dah lebih dari sejam.
Alah, contoh senang, tiket bas dengan tiket flight, hospital kerajaan dengan klinik swasta.
Contoh lagi best, kalau kau dah banyak duit tak perlu lah kerja part time (atau mungkin tak perlu kerja langsung, makan duit investment je), maka kau ada lebih banyak masa untuk Tuhan dan keluarga kau.
Bila kau luangkan banyak masa untuk Tuhan dan keluarga, takkan Tuhan tak buat kau happy kan?
Sekarang ni semua orang mengeluh kerajaan tak bayar projek maka kompeni pun takde duit nak bayar gaji.
Kerajaan pun takdak duit. Macamana ni?
Maka bersiap siaga lah kita untuk apa jua kemungkinan. Simpan duit untuk masa depan, untuk anak-anak.
Tapi nak menyimpan lagu mana dah gaji pun tak dapek? Ah tensinya aku!
Bak kata orang Melayu, money is not everything, but...everything pun money lah.
Tuhan, tolonglah golongan-golongan yang tak corrupt ini.
Dan bukalah hati orang-orang yang berhutang dengan kami untuk bayar hutang.
Aku bukan nak mintak jadi billionaire. Aku cuma nak hidup selesa dan tak berhutang.
Amin.
Ya, ini sambungan dari entri ini.
Saja tak nak bagitau awal-awal buat korunk gewam. Hik hik. Comel kan?
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
October 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

8 suicidal thought(s):
ada yang hepi tengok orang lain tak hepi~~
Ameen...
It's all about money, money, money... (Jessie J, 2011] ;).
rugilah orang yang merasa money is not his/her happiness..
just saying..
afterall i also live in mediocre, yet comfortable and happy
:)
comel.haha
setuju dgn itu, money can buy happiness.
bila tengok orang tolak motor tepi jalan tadi sambil anak dia berbaju sekolah ikut kat belakang, rasa sangat bersyukur ayah mampu belikan kereta. bila kita bersyukur dengan something yng kita ada walaupun kecik, tetap akan rasa happy.
Hidup, mati. Semuanya ada hutang yang perlu diselesaikan. :)
Bujal.
Org mcm tu sbnrnya hidup dia tak bahagia.
Anakbulan.
Anakbulan dah muncul! raya dah dekat!
Antika.
Duit tu tuhan kasi utk merasa nikmat kat dunia kan?
Lari.
Ha'ah..nanti ada cerita.
Fakap.
Heh. Sentap sbb gua byk hutang dgn tuhan.
Yep dlu i sependapat dgn u. tp skrg tak lg. money can buy happiness with condition. klau duit kaya ribu2 tapi tak beriman dgn Allah, meaningless oso.
Hati tak tenang,byk mslh(sume pn ad mslh tp utk org yg xpercaya kuasa Allah),u bleh tgok cmne dorg hadapi mslh.
Kisah benar yg berlaku sekeliling kita. Skrg i tau apa tu kebhagaian sbnr.
Then you don't understand what I meant.
Post a Comment