November 17, 2011

Islam: Culture, Marriage dan Knowledge is Power 4

Baru nak sambung dari entri yang lepas.

Ya, baru aku nampak betapa mulianya wanita dalam Islam. Tapi dulu takde orang nak ajar benda ni. Asyik diajar kena selak kain untuk suami je.

Biassed gila kut artikel tentang kelebihan menjadi wanita dalam Islam tu.
Tak membantu langsung.


"Mati lah kita. Susah kita kalau perempuan tahu hak dia ni. Leceh ah nak kena belai dulu kan. Kena bagi sampai dia puas pulak tu.
Kita toksah bagitau lah. Ajar yang mana perlu je. Lagipun kang meningkat pulak kes penceraian kalau suami tak tunaikan hak." Bisik sang lelaki.

Hek eleh, fikir nafsu dia je.
Sebenarnya kalau nak ikut budaya dan undang-undang negara, mana boleh buat kerja tiup (BJ). Ikut Melayu itu dikira luar tabie.


Kalau suami dah tunaikan hak isteri tapi isteri tak tunaikan hak suami, memanglah terang-terang salah isteri.
Pendek kata, cermin diri lah. Kau dah kasi semua tu pada pasangan ke, yang kau nak demand sangat ni?


So aku respek lah ustaz-ustaz yang berani sebarkan benda ni. Mesti wife depa ni respek suami macam mak aku.
Ustaz Kazim banyak la jugak sound suami yang tak layan isteri elok-elok ni. Even pasal aurat pun, ustaz cakap suami kena buat kerja outdoor macam berkebun dan running errands supaya isteri tak perlu susah payah nak bersiap bertukarpakaian.

Nampak tak? UNDANG-UNDANG ISLAM SEBENARNYA NAMPAK ADIL JE BAGI ORANG PEREMPUAN, CUMA PERLAKSANAAN DAN PERSEPSI MASYARAKAT YANG TAK ADIL.

Perempuan tu sendiri tak tahu hak dia. Lepas tu nak bising-bising cakap tak adil.


Oleh kerana suami wajib mendidik isteri, aku rasa kalau nak isteri dengar cakap, diri sendiri kena tunjuk contoh yang baik. Kalau suami rajin basuh bilik air, rajin je isteri nak jemur dan lipat pakaian. Kalau suami cakap lembut, isteri pun kena belajar cakap lembut.
Macam aku, Encik Stateskop selalu cakap terima kasih pada aku, so walaupun aku tak pernah diajar ucap terima kasih walaupun pada parents sendiri, sekarang aku senang nak cakap terima kasih pada semua orang.

Ayah aku solat awal waktu, so mak aku tak lengahkan solat sebab segan. Ayah aku tak mengarah-arah secara verbal mahupun body language, so mak aku pun kalau nak apa-apa cakap elok-elok je.
Aku mention body language sebab ada orang mulut tak mengarah pun, tapi perbuatan mereka dah dikira mengarah. Contohnya lepas makan tinggalkan pinggan atas meja. Itu bermaksud "Hang pi basuh pinggan ni. Aku laki, hang bini. Ni kerja hang."

Campak baju merata-rata expect bini kutip?
Sepahkan ruang tamu expect bini kemaskan?
Itu arahan tanpa verbal.


Bukan pada isteri je. Kalau dengan ibu pun buat macam tu kau memang kurang ajar lah pada ibu kau unless kau cacat takde tangan. Tak kira lah kau lelaki mahupun perempuan. Aku yang tak sebulu dengan mak pun ada belas kasihan, tak paham aku dengan orang macam ni.
Apa yang korang pikir?
Berapa kau bayar ibu kau untuk handle kain baju kau? Patutnya dah besar panjang ni kau yang tolong handle kain baju mak kau bukan sebaliknya


To be continued.....

1 suicidal thought(s):

MayaAlam said...

I suka gaya you put women perpective dalam islam.Tapi stereotaip perempuan yang suka dikasari sebelum submit mungkin disebabkan oleh media seperti filem Ombak Rindu.

Maya Karin ditunjukkan tewas kepada asakan lelaki-lelaki buas yang merangkul tubuhnya tanpa izinnya.

Perspective ini menunjukan wanita boleh dikuasai, ditawan dan dididik untuk menerima layanan seks.

Sifat malu mungkin perlu ditangani dengan paksa sebelum membiasakan tubuhnya digunakan dengan rela.