November 14, 2011

Klise(sebutan klishay): Mengkritik filem Malaysia ikut sedap tekak

Dilema si (orang yang sepatutnya boleh jadi) penulis skrip.


Dah 3-4 tahun mereka minta aku tulis skrip.
Hampeh. Orang tak berdisiplin macam aku, payah.
But then macam lah penulis lain berdisiplin sangat.

Ini art lah.
You can't rush art.

The thing is, aku kurang mampu multitasking.
Kehidupan aku agak tunggang langgang sekarang.
Macamanalah aku nak jadi isteri, ibu, PMD survivor dan career woman nanti? Ada harapan kah?


Dan satu lagi masalah, aku tak boleh tulis fiksyen. Nanti ujung-ujungnye berkait kisah bener juga.
Takkan aku nak cerita kisah benar.
Oh apa salahnya, buatlah skrip untuk drama Kisah Benar.

Baiklah.

Aku pernah cuba tulis fiksyen, tapi end up jadi melampau-lampau tahap tak logik yang aku rasa Lembaga Penapisan Filem confirm reject. Oh tak, sebenarnya, aku sendiri menyampah.


Bagi aku bukan senang nak tulis skrip kalau kau bukan nak profit.
Sebab, kawan-kawan aku yang kerja dalam bidang perfileman komplen, kita kekurangan skrip berkualiti.
Tapi, skrip (jalan cerita, sebenarnya) apa yang kualiti dan diterima masyarakat?
Filem yang berkutipan tinggi adalah filem Ngangkung dan KL Gangster.

Kata kawan aku, kalau nak buat cerita yang ada mesej, ada simbolik, atau filem yang agak berat, nanti tak laku pula di panggung. Penerbit mana nak terima skrip kalau tak boleh buat profit?

Balik-balik buat cerita hantu, rempit dan gangster je lah. Nasib baik zaman cerita anak mami the slapstick dah berlalu.

Encik Stateskop tonton filem KL Gangster waktu aku tengah tidur, beliau guna laptop di hujung katil.
Dalam aku tidur tu pun, aku boleh tangkap beberapa line yang diulang-ulang sepanjang movie. Perlu ke ulang line atau tema banyak kali dalam satu movie? Yes we get the point already.


Bagi aku, contoh filem Melayu yang memiliki skrip (asal) yang bagus adalah filem Bilut.
Walaupun pelaksanaannya sebagai sebuah filem tidak begitu hebat, tapi aku masih rasa skrip (asal)nya bagus.
Xeem cakap filem Jogho adalah bagus dan bermesej. Aku belum tonton. Tapi ye lah, dua filem ni banyak ke kutipan?

Tak.

Oh, filem local yang sangat bagus adalah filem Kami (1982 - tak lahir lagi kot) lakonan Almarhum Sudirman.
Ada lagi ke filem macam tu sekarang?




Satu lagi yang aku menyampah, filem kita mesti nak tonjolkan adegan lucah untuk tarik minat penonton walaupun itu scene yang sangat tak penting dalam filem. Contohnya filem Abuya tu lah. Ramai orang komen di Youtube 'eh dalam trailer macam ada scene girl on girl...'
Kau ingat tak trailer filem rempit yang mula-mula dulu? Berkesan sungguh 'lakonan' adegan horny dalam trailer tu.
Filem zaman 1980-an, although they showed more skin tapi tak emphasized sangat seksualiti.


Tapi ini hanya apa aku dan rakan-rakan aku fikir. Kau mungkin rasa filem KL Gangster adalah filem lokal terhebat dan Maharaja Lawak adalah sangat lawak.

Ntah lah. Waktu aku tonton Social Network, aku dapat seat baik punya. Betul-betul di tengah.
Kanan aku Encik Stateskop, kiri aku uncle badan besar.
Sepanjang movie tu, ada 2 orang lelaki dan seorang perempuan je yang gelak (chuckle) part yang lucu. Panggung penuh kut. Boleh pulak 3 orang je yang faham lawaknya. Kau tau je lah siapa 3 orang tu.

So mungkin lah taste aku pelik.
Aku tak layan Korea. Tak layan Nur Kasih.
Rancangan Spontan aku boleh pulak layan. Dulu ada siri Indonesia bertajuk Kiamat Sudah Dekat aku suka.


So bagi aku sukarlah aku nak tulis skrip yang orang lain suka.
Kemudian aku terfikir, mungkin penulis skrip pun tak suka skrip yang mereka tulis. Mungkin pengarah pun tak suka filem yang mereka arahkan. Tapi sebab duit, kena buat juga.
Memang duit jadi faktor penting lah di sini. Kalau tak kisahkan rugi di negara sendiri, mungkin boleh saja mereka terbitkan filem berkualiti dari segi skrip dan mesej.



Point yang aku nak sampaikan adalah;
(kena buat ayat macam ni sebab orang selalu tak baca betul-betul lepas tu nak hangen kat aku tentang benda yang aku tak mention pun)

Bukannya pembikin filem yang tak bagus, tapi mereka nak cari makan.
Maka mereka perlu ikut market.
Dah kalau buat filem berat-berat dan simbolik (macam filem lakonan Leonardo DiCaprio) orang kita tak tonton, terpaksa lah buat filem yang orang tonton. Barulah ada funder.


Duit siapa lagi kalau bukan duit kita
.

3 suicidal thought(s):

myra abdullah said...

itulah realitinya di M'sia ni.
tulis skrip merepek bagai..
alih-alih citer mak datin,bohsia,rempit dan gangster.
macamane masyarakat nk maju.hish-hish..
totally agree with this entry!
^-^

Anonymous said...

Cubalah kalau Malaysia ni boleh produce filem penyiasatan ke, filem forensik ke, filem yang berkaitan dengan bidang profesional ke etc dan tidak semata2 bertemakan cinta dan dunia korporat. bosan lah.. [tapi saya tak pandai tulis skrip]

Neem biasanya tulis skrip fiksyen bertemakan apa?

Anoneemus™ said...

Tema general:life.
Eh bukan taman Generalife kat Alhambra tu.Pardon the pun.

Mcm filem Waiting (starring Justin Long) sehari dlm hidup seorg waiter.

Simple je, but interesting enough.