December 17, 2011

I'm late

Aku pantang betul la kalau ada yang janji tak tepati.

Atau tak punctual.


Oqeh, granted, aku bukanlah orang paling punctual di dunia mahupun akhirat sebab aku pun selalu lambat bersiap. Terutama sejak tukar imej ni kan.

Aku boleh lagilah consider kalau orang lambat sebab baby dia buat hal, kereta rosak, tren tak tutup pintu, traffic jam sebab hujan dan KL dilanda banjir kilat.
Tapi alasan tak sedar aku call banyak kali sebab hamfon dalam mode silent, memang tak boleh pakai. Sebab kalau dah janji tu, kenalah rajin check hamfon, ataupun wajiblah rasa pelik kalau aku tak call.


By the way,
ada seekor entiti ni suka lambat. Aku tak kisah kalau kelewatan dia tu takde effect apa-apa.
Masalahnya bila dia lambat, badan aku rasa lemah, sakit kepala, mood aku tak oqeh dan macam-macam lagi.

Lebih-lebih lagi sejak ada sexlife ni kan, memang lah resah semacam je kalau dia sampai lambat.
Pernah dulu 3 bulan aku tunggu dia. Buncit perut aku. Rasa loya-loya.
Akhirnya tiba jugak dia tersengih-sengih. Nasib baik, sejak tu perut kempis semula dan aku dah muat semula jeans saiz 26.


Ni sekarang aku tengah tunggu dia lah.
Resah je takut dia datang masa aku tengah tak bersedia, macam tengah kenduri ke, tengah tidur ke.

Sebenarnya, dia tu jenis yang kuat cemburu juga.
Biasanya dia akan datang lepas aku hangout dengan kawan-kawan. So kalau dia lambat, Encik Stateskop akan berpisah dengan aku buat sementara, kasi aku hangout with the girls.

Masalahnya sekarang ni aku banyak kerja dan penat sangat nak keluar dengan girlfriends.
So aku pasrah je lah tunggu dia kat rumah.


Penat
.

5 suicidal thought(s):

Xeem Noor said...

Saya tunggu husband awak hantar awak depan rumah saya okeh?

Anoneemus™ said...

Lepas tu awak tolong bawak saya pegi Wondermilk atau Big Brother okey?

Xeem Noor said...

Apa saja untuk awak. Heee~

said...

You're late? Hmm..

Coming soon: Little Neemus. In 3D.

LOL

Anoneemus™ said...

Xeem.
Ni yang sayang lebih ni.

Ko.
Alah, setakat lewat 20 hari takde pe, der. dulu 3 bulan rilek je.