December 22, 2011

PMR

Dulu masa form 3 aku belajar bersungguh-sungguh.
Ada study group. Nama study group aku, Dugong. Don't ask.

Main pun sungguh-sungguh gak. Main catur, main badminton - you know, the nerd stuff.
Tapi tak kisahlah, masa tu aku banyak energy. Bukan macam sekarang dah pancit.
Sekarang rasa macam ada 8 jam je sehari instead of 24.


Aku dulu, bukan setakat baca yang cikgu suruh baca, nota lama kakak aku, sepupu aku pun aku baca.
Nota yang sendiri buat pun ada.

Hasilnya, PMR aku dapat straight A's.

Bodoh kan aku?

Aku cakap aku bodoh sebab orang lain tak belajar sungguh-sungguh,
tak study sangat, enjoy life dan tak dapat straight A's pun tapi hidup bahagia je.

Yang aku serius sangat pasal PMR sapa suruh?
SPM pun aku serius.
The thing is, ada ke aku guna benda yang aku jawab dalam exam tu sekarang?

Ada, iaitu simile dan hiperbole yang kalau tak belajar pun kita guna.


Tengok husband aku, dan adik-adik dia takde pun result macam aku tapi hidup bahagia je.
Tengok anak-anak menakan aku rilek je bersukan, berkokurikulum, bertwitter bagai tak study pun. PMR dapat 5A, dapat 3A bahagia je. Boleh pakai Blackberry apa.

Aku pakai Cokia 6 Series yang bateri dah kembung.

Nasib baik SPM aku ada 2 subjek dapat B. Kalau dapat straight A's jugak mesti aku rasa lagi loser.
Straight Ass, orang kata.

Ibarat anak buah aku bengang tak dapat anugerah 100% attendance. Ada satu hari tu dia ponteng sekolah kerana aku bawak dia pergi bukak akaun BSN untuk duit RM100 ptuih.


Betul gak Pipiyapong cakap, dulu 11 tahun kita pergi sekolah tiap-tiap pagi?

"Bangang jugak aku dulu" (Pipiyapong, 2011)
.

9 suicidal thought(s):

weed something out said...

saya tak dapat straights A.

alasan tambahan, slow leaner.

jarang dapat A dalam peperiksaan. hahaha.

tapi agak berjaya (kenaikan gaji setiap tahun) sekarang. Syukur.

Darus Interferon said...

jangan macam tu Neem, tak guna cakap hal lalu.

Anak sedara kau ada black berry, tapi diorang tak der suami macam kau ada :p

laridankejar said...

upsr, pmr sangat bersungguh - dapat straight Ass. spm hancuss, separuh straight je. memang betul-betul main punya pergi sekolah, tapi takde rasa menyesal sangat. sebab kawan yang study siang malam, tusyen sampai ke ibukota dapat 2A saja. saya tidak menggunakan apa yang dijawab dalam exam itu, saya bahagia - sudah grad, sudah bekerja, sudah boleh belanja adik-adik pada bila-bila masa, sudah boleh beli hadiah untuk ayah ibu.


alhamdulillah.

Anoneemus™ said...

Darus, it doesnt make ma feel better coz I didn't have a husband either when I was 15, or 18 or even 22.

My niece could get a husband any time now that her PMR result is not good.

Anoneemus™ said...

*me

Hann Haidar said...

Salam singggah neem, ingat aku tak? aku reincarnated, yeah.

Haha masa PMR aku study lebih kurang je, tapi SPM study mcm dunia nak kiamat.

Tidur dengan buku, makan dengan buku. Sehari aku boleh habiskan 1 buku latihtubi yang font size 6 tu.

Serious sungguh menghadapi hidup dulu.

But not, esok pukul 2 petang nak final exam, malam ni boleh pergi Laundry lagi. Gila ah! Tapi surprisingly tak pernah fail and pointer sentiasa tinggi. Gila betul fate yang macam gini.

Gamble habis.

Anoneemus™ said...

I still read ur blog lah...hoho. gamble jgn tak gamble.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Hahaha!

Nudabuffy said...

cam sama je cite kita.. cuma saya lagi loser.. SPM pun straight Ass.. la ni duk kagum tgk kawan-kawan kerja tip top