I was raised to be a skeptic.
My parents, my siblings - we are not superstitious at all.
We believe in science.
But I still believe in some supernatural stuff, I mean ye lah, kami skeptical tahap orang Asia je lah.
Aku percaya makhluk halus tu wujud. Cuma aku tak percaya mereka boleh harm kita.
It's funny. Memandangkan aku percaya je cerita abang aku punya encounter dengan benda-benda sebegitu di UiTM.
Baginya itu benda biasa. Bagi aku juga, biasalah kalau di asrama.
Aku sendiri, first encounter adalah ketika umur 8 tahun.
Selepas itu, semester pertama tahun pertama di kolej barulah ada encounter. Sebab aku tak sekolah asrama kut.
Yang memijak badan aku sesuka hati waktu aku tidur itu, memang aku marah sangat sampai lupa mahu rasa seram. Kerana aku cuma mahu tidur. Esoknya ada studio.
Kemudian tahun kedua yang tidur sekatil dengan aku waktu petang itu.
Kurus sahaja. Kecil kakinya.
Tahun berikutnya jenis datang tidur di sebelah aku juga, siap dibetul-betulkan bantal dan ditarik selimut.
Aku sangkakan dia pencuri hamfon, tapi hamfon di atas meja tidak diusik langsung, cuma baring di sebelah aku saja.
Itu sajalah.
Aku percaya mereka wujud, tapi aku tak nampak (thankGod).
Tapi aku tak percaya mereka boleh affect decision making kita, boleh buat kita sakit, bergaduh etc.
Bagi aku, budak-budak asrama tu stress sebab tu histeria. Stress kut remaja kena kongkong dengan peraturan asrama, kan? Lagipun kenapa budak Melayu je yang kena?
Bagi aku jin takde kaitan dengan penyakit-penyakit manusia.
Aku
Aku tak percaya jin boleh kasi penyakit.
Mereka cuma bagi aku rasa tenaga negatif, dan meremang roma tengkuk, itu saja.
Itu apa yang aku fikir.
Sejak aku kahwin, tiba-tiba bertubi-tubi pengalaman sendiri dan orang sekeliling yang mengubah pendapat aku. Dulu waktu aku di Kajang, bila aku sendiri rasa sakit, baru aku tahu.
Tiba-tiba aku yang skeptikal ini menjadi orang yang menjemput ustaz ke rumah. Menjadi orang yang membaca buku ustaz tentang makhluk halus.
Dulu aku rasa mandi bunga tu khurafat, tapi sejak aku tau ia adalah fizik warna, aku sendiri pulak suka nak buat. Tapi awas, make sure jangan bercampur aduk dengan jampi serapah.
Kenalan aku dah kena, pergi mandi bunga di satu tempat sekadar suka-suka mahu tambah seri, end up ada ustaz yang perasan something wrong. Ustaz tu cakap 'saya tengok muka awak ni dah hitam. Baik awak pergi buang benda yang awak 'pakai' untuk seri wajah.'
Kemudian, yang paling membuka mata aku bila sepupu aku sendiri curang dan kasar dengan isteri.
Sepupu yang aku kenal sejak kecil, aku tahu sangatlah perangainya. Dia bukan jenis mata keranjang. Kalau adiknya yang nombor 3, mungkinlah.
Masa aku dapat tahu berita tu aku cukup hangin lah kan dengan orang yang bomohkan dia. Sebab sepupu aku tu baik sangat, dan isterinya hamil. Kau tu janda sanggup pulak kau rampas suami orang dengan harta bendanya pun kau nak kikis? Duduk rumah jaga anak-anak kau lah. Orang macam kau lah yang memburukkan nama janda lain yang tak bersalah.
Maka keluarga kami berikhtiar dengan seorang erm, entah bagaimana aku harus memperkenalkan beliau? Seorang guru agama, cukuplah.
Guru agama inilah yang membantu pulihkan gangguan sihir pada mereka. Dan beliau ini ringan pula mulutnya untuk bercerita. Dari beliau aku belajar banyak benda, dan baru aku tahu benda-benda yang selama ini aku tak percaya adalah benar.
Ustaz Kazim pun pernah cakap, kanser itu dari jin juga. Aku melopong jugaklah waktu dengar tu.
Suami curang pun, mungkin akibat disihir. Isteri malas, mungkin gangguan jin. Mandul pun sebab gangguan. Sebab mereka memang tak suka rumahtangga bahagia. So kalau ada something wrong dalam rumahtangga, tak salah consider jumpa ustaz untuk scan.
Rupa-rupanya nabi kita juga pernah disihir.
The thing is, kalau tak kena batang hidung sendiri memang aku takkan belajar lah kan.
Satu lagi lesson learnt adalah, tak boleh bergantung pada ustaz atau ustazah. Diri sendiri kena belajar bagaimana mahu menangkis gangguan. Sebab pakar perubatan Islam itu bukan bapak kau yang duduk serumah dengan kau dan takde kerja lain. Lebih-lebih lagi kalau yang membantu itu perempuan, haruslah beliau mengikut cakap suami kalau dah berkahwin.

One should learn from these trilogy movies
Persepsi aku sekarang sudah berputar 180 darjah.
Rupa-rupanya banyak benda kalau pakar perubatan di hospital tak dapat rawat, perlu diubati dengan cara halus. Maksud aku, first thing first kena lah jumpa doktor dulu untuk pengesahan. Itu kalau masalah kesihatan.
Kalau masalah bisnes -ya, biasanya bisnes memang ramai yang nak main kotor- cubalah belajar pendinding dari guru agama. Bukan bomoh sebarangan ye. Nanti jadi khurafat pula.
Kalau masalah rumahtangga bolehlah terus bertanya pada guru agama kerana anda lebih mengenali pasangan masing-masing.
Kalau masalah cinta yang tak logik, maksud aku takde benda pun pada orang tu yang elok tapi kau semacam cinta pada dia, tapi dalam masa yang sama benci tapi buat-buat cinta, macam kau paksa diri kau untuk cinta dia, itu kena cepat-cepat jumpa ustaz sebelum kena pukau (dan sedar-sedar dah nikah di Siam). Ini based on true story okay.
Apparently, bila dah fikir topik ni, there are quite a number of lives that have been ruined by black magic.
Tak kiralah keluarga aku, kawan aku, keluarga kawan aku, kawan pada kawan. Makcik aku kena teruk juga, sampai mahu tikam kakak sendiri. Ia buat aku terfikir, orang-orang yang melakukan jenayah, yang disabitkan kesalahan, ada possibility mereka tidak sedar apa yang mereka buat.
Semua punya cerita masing-masing. Paling banyak cerita sihir ini adalah tentang cinta dan karier.
Tak heranlah.
Kita hidup dalam komuniti yang kuat cemburu as in dengki.
Dengki rumahtangga orang bahagia, dengki kerjaya orang mantap.
Korang semua jangan pulak terlibat dengan benda-benda macam ni. Nanti mangsa tu tuntut kat akhirat.
Sebab aku rasa aku pun macam tulah. Marah sangat ni tapi tak boleh buat apa-apa.
Kalau tak puas hati pada seseorang, jangan main bomoh
tapi pergi ludah muka dia
.

4 suicidal thought(s):
ntahla neem.aku still mcm ko mase dlu.tak brape nk percaya mende2 ni. Mungkin sbb aku xpnh kena. Bila tgok citer tentang dhia tu lagi la aku menyampah.Byk sgt bomoh2 ni and sng sgt nk kenakan orang.
Aku teringat lg kata sorang ustaz.Klau hebat sgt bomoh tu,bwk bomoh tu jumpe dia so dia bleh santau Bush & seangkatan dgnnya.
Aku sendiri prefer prinsip hdup selagi kita patuh suruhan & meninggalkan larangan, InsyaAllah. anyway,tu pndpat aku la.mungkin esok2,bila aku dah kena aku akan tukar pndapat aku.haha. okbye.
Heh.takyah fikir pasal Bush. Org melayu ni tak terfikir pun pasal Bush sbb klu bush kena santau depa tak dapat faedah pun.(takde pun dpt inherit harta bush)
Mungkin boleh tanya pendapat keluarga PM kita,sbb org politik biasa terdedah dgn bahaya sihir.
kalu lambat bertemu jodoh, agak2 perlu tak kene mandi bunga??? hahaha
sudah dijawab di FB.hihi
Post a Comment