Oqeh, korang perasan tak kat kanan neh --> scroll bawah sket ada ikan.
Aku tak boleh bela ikan betul sebab aku malas tukar air tank. So aku bela ikan kat blog je. Boleh ke?
Aku peduli apa orang kata tak boleh.
Lagipun kalau aku bela ikan betul kang keluarga Untung yang untung. Aku yang rugi.
Kat situ ada 7 ekor ikan. Jinak-jinak semuanya. Kalau tak percaya pergi la main-main cursor kat situ.
Oleh kerana aku bukan online tiap-tiap hari, aku nak mintak tolong korang bagi makan ikan ni. Tolong buat kebajikan sket. Bukan keluar duit pun. Click je kat kolam kecik tu. Boleh?
Dan yang terakhir, oleh kerana aku belum kasi nama, aku nak buat pertandingan bagi nama ikan.
Ye lah, asyik-asyik Encik Abdul Haq Mohaidin je yang buat pertandingan (dan asyik-asyik aku je yang menang - ye aku riyak), aku pun nak buat jugak.
Aku ada ikan berwarna
pink,
oren,
hijau kristal,
turqoise,
hitam,
ungu dan
kuning.
Korang boleh kasi nama-nama yang sopan pada mereka, mahupun nama yang tiada makna.
Aku akan pilih pemenang berdasarkan ikut suka aku.
Selamat berjaya!
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
February 25, 2011
February 22, 2011
Don't do your laundry in public
Ini entri orang dewasa. Macam aku.
Walaupun secara fizikalnya aku masih 16 tahun, tapi aku sudah boleh masuk night club dengan menggunakan kad pengenalan yang sah.
So sila buka minda.
***
Alia, 28 dan suaminya Remi, 27 (kedua-duanya bukan nama sebenar) pergi kenduri kahwin kawan mereka, Aimi. Oleh kerana Alia dan Remi berkenalan di sekolah dan kemudian belajar di fakulti yang sama, maka mereka berkongsi ramai rakan.
Pada hari kenduri Aimi telah terjadi reunion tak dirancang. Seronok jumpa rakan-rakan lama. Ada bekerja sebagai doktor, anggota polis, model sambilan, pengurus pelatih, agen insurans dan kebanyakannya menjadi jurutera dan guru. Ye lah, ini kan Malaysia. Kerja apa lagi yang kau boleh expect?
Alia duduk di satu meja bulat dengan rakan-rakan perempuan, manakala Remi di satu meja lain dengan rakan-rakan lelaki. Banyak benda nak catch up.
"Comel anak kau, Siti." Alia memuji.
"Terima kasih. Kau bila lagi, Alia?" tanya Siti, si jurutera biomedik.
"Aku, erm.. tak tau lah." Jawab Alia.
"Kau memang plan ke apa? dah setahun lebih kau kahwin kan?" tanya Rosmah, si doktor yang sedang mengandung 140minggu.
Alia terkial-kial cuba menjawab. "Aku memang nak anak, tapi erm, ada masalah sikit lah."
"Masalah apa pulak? Ni kawan kita ni doktor kau tanya je lah. Free consultation gitu." Si Siti buat-buat pandai.
Alia malu-malu.
"Sebenarnya proses nak buat anak tu selalu tak menjadi. Ada masalah sikit."
Si Siti melopong. Rosmah buat-buat professional.
Diana blushing sebab tak kahwin lagi kena malu lebih nanti orang cakap gatal.
Oleh sebab Rosmah dah buat gaya professional, Alia pun bercerita tentang 'masalah atas katil' atas niat mendapat nasihat. Diana tambah blushing.
Tak sangka Remi yang mereka kenali itu badannya penuh kurap. Atau kayap. Atau panau. Alia pun tak pasti. Dr. Rosmah tak boleh confirmkan unless dia tengok sendiri apa rupanya penyakit kulit itu.
***
Di meja lain pula, Remi juga memuji anak Siti. "Comelnya anak kau, Zul."
Suami Siti, Zul hanya tersengih.
"Bila Siti outstation kau jaga baby OK pulak eh?" tanya Tajiman.
"OK je. Siang aku hantar kat mak aku. Lagipun dia minum susu botol. Kalau tak memang susah pun."
Suami Rosmah, Najib, juga seorang doktor, pantang betul dengar ibu malas menyusu sendiri ni. "Kecik-kecik dah minum susu formula?"
Zul rasa macam kena attack. "Si Siti tu memang tak boleh menyusu bayi. Kut tak aku pun malas nak beli-beli susu. Mahal dowh. Dah puting dia kecik nak buat camne."
Remi dan Tajiman pandang gelas masing-masing, angguk-angguk dan membuat bunyi yang sama. "Ooooo......."
Najib taknak kalah. "Ada cara lain, bro.."
***
Walaupun mereka tak berniat nak judge, tapi dalam otak Diana, Siti dan Rosmah sudah terpahat kenyataan yang badan suami Alia, Remi ada kurap/kayap/panau. Info macam tu bukan senang nak padam dari memori.
Walaupun mereka tak berniat nak judge, tapi dalam otak Remi, Tajiman dan Najib sudah terpahat kenyataan yang nipple isteri Zul, Siti, tak cukup sifat untuk menyusu bayi.
So lepas balik rumah semua yang dah kahwin pun nak check nipple isteri mereka. Dan menyinggung perasaan isteri kalau mereka sama macam Siti.
Walhal mereka tak pernah pun tengok nipple Siti, yang pandai-pandai pi compare tu, kan?
***
Moral of the story?
Consultation dengan doktor itu bagus untuk selesaikan masalah. Hanya jika ia berlaku di dalam bilik consultation, in private. Bukan depan kawan-kawan yang lain.
Dan kalau boleh tak payahlah consult dengan doktor yang kenal isteri/suami kau. Segan kut spouse kau nanti
.

February 20, 2011
Genetik jujur
"Tuanku, kenapa gemuk sangat sekarang ni? Nampak badan dah naik ni."
Bisik mak menakan aku kepada Permaisuri Agong Nur Zahirah.
We may also call Her Royal Highness 'FLOM', as a matter of fact.
Tersipu-sipu si permaisuri dibuatnya.
"Selera makan menjadi-jadi, kak..tak dapat tahan."
Memang sah lah family aku ni sama je semua mulut main cakap lepas. Dengan bini agong pun jadik.
The bad news is, it's my DNA too. Aku pun sama la maknanya.
Kawan aku pernah je tegur aku jangan jujur sangat.
Korang agakla, kalau mak menakan aku tu jumpa wife PM (yang ada office FLOM tu) apa pula yang dia cakap ye?

Planted in the gardens of
Self-esteem
February 18, 2011
February 15, 2011
Tuesday. Already?
Tuesday is ladies' day.
Or is it lady's day?
Hari Selasa aku cuti.
Ya, memang korang pun cuti sempena hari kelahiran idola kita semua.
Ya, memang pelik sebab aku bukan ada karier pun.
Hari Selasa aku cuti.
Yeay!
Hari ni aku berjaya cuti memasak.
Sungguh seronok dapat makan tanpa penat memasak.
Hari Selasa aku cuti.
Jom ke pasar malam!

Recap
February 09, 2011
Thursday
Rasa bangga sebab Untung sekeluarga datang breakfast dengan aku pagi tadi.
Suami dia pun ada sekali, tapi suami dia tak singgah pun. Biasalah lelaki, ego lebih.
Bahagia je tengok Halal dan Kaya ratah nasi dingin sebab lauk dah habis.
Oqeh, aku rasa gila loser update blog semata-mata nak cerita pasal sarapan kucing.
Nampak sangat menganggur.
Oh tak.
Kalau dah kahwin orang tak panggil menganggur.
Sebab ada term lain

Fast and Furry
Wednesday
We name the mommy cat Untung.
And the 3 children Murah Rezeki, Kaya and Halal.
Tapi hari ini aku rasa sedikit lonely.
Kerana.
Tupai tak datang melompat-lompat.
Kucing sekeluarga tak nampak batang ekor.
Aku dah sediakan lemak, kulit dan tulang ayam untuk mereka.
Tapi mereka tiada.
Oh. Hari ini Rabu.
Mungkin mereka ke KL untuk tengok wayang. Untung tak kerja opis hour, kan.
Hari Rabu boleh lek-lek jalan-jalan dengan anak-anak

February 08, 2011
Desperate Housewives season 8
Dulu kalau orang tanya aku kerja apa, segan silu malu aku untuk menjawabnya.
Malu kut duk makan duit study loan lagi.
Sekarang bila orang tanya kerja kat mana, dah tak malu dah, laju aje aku jawab "Tak, tak kerja pun."
Sebab aku dah kahwin. Bila aku dah kahwin dan tak bekerja, orang panggil aku housewife.
Itu maknanya aku dah mencapai cita-cita aku walaupun tak sepenuhnya.
Ya, belum sepenuhnya. Cita-cita sebenar adalah untuk jadi surirumah yang cantik.
Ye lah, kalau cantik nanti orang cakap "Oh...patut lah bini dia tak kerja. Cantik orangnya. Tak kerja pun tak apa."
Hey, bukan aku yang buat rules tentang perempuan cantik ini.
Part yang tak best jadi surirumah ni adalah semestinya part shopping. Memang lah suami wajib kasi elaun shopping sebagai nafkah batin, tapi kalau suami pesan 'jimat-jimat sket' takkan kau masih sedap hati nak shopping. Kawan-kawan kau ajak shopping pun kau segan sebab mampu beli lunch je. Kawan kau beli kasut Timbaland kat Pavillion, kau telan liur je lah sebab kasut tu bukan boleh ditelan pun. Duit gaji suami dengan duit gaji sendiri, tak sama.
Kendatipun kalau duit gaji sendiri kena jimat juga kerana aku rasa tak terjamin masa depan di negara ni unless aku anak saudara kesayangan RM, tapi at least ego aku akan memujuk seraya berkata
'Alah, you deserve this. You work hard so you earn this thing.'
Ha, kan sedap sikit tu nak shopping ke, nak pergi spa ke. Lagipun suami takde hak ke atas duit isteri.
Yang syoknya kehidupan surirumah ni, bak kata Otak Ketat,
'best apa jd suri rumah. pepagi bgn basuh kaen, sidai kaen. tgh ari masak. pukul 12 boleh tgk wanita hari ini. pukul 2 boleh tgk sinetron. pukul 3 boleh tgk cite sepanyol (ke?) yg dah dialih bahasa. pukul 4 boleh tgk cite lagenda yg mengarut tu sambil lipat kaen. pukul 5 tgk cite indon kt tv9 plak. kan heaven? ahahaha.'
Cumanya aku ni idakle nonton TV. Memang TV kat rumah aku ni perhiasan aje. Aku duk tengok laptop bernama Shah ni la. Tengok Desperate Housewives sebab baru belajar download sendiri. Aku memang layan siri DH ni sejak season 1 lagi, tapi sejak dapat title housewife ni rasa lain pula menontonnya.
Sambil-sambil tu cari resipi nak masak apa. Aku memang useless in the kitchen pun kalau takde internet ni. Hahah.
Aku rasa syok waktu pagi (atau sebenarnya tengahari, bagi korang), bila aku duduk di ruang tamu sambil tengok tupai melompat-lompat depan rumah. Dalam sehari 2-3 kali jugalah tupai datang melawat. Lepas tu bila angin bertiup, ada bunyi daun. Beza betul dengan ghetto dulu. Oh lupa nak cakap aku dah pindah. Dulu ada taik kucing depan pintu, ni ada tupai atau kucing rumah sebelah yang bersih temankan aku kalau Encik Stateskop tiada di rumah.
Belakang rumah pula ada ibu kucing beranak tiga. Sejak aku mengesyaki terdapat cencorot di rumah ini, aku telah mula berbuat baik terhadap mereka sekeluarga. Setakat nak jalan-jalan dalam dapur aku, apa ada hal. Member-member tak usah lah berkira.
Oh sebenarnya aku pun tak tahu apa rupa cencorot tu. Belum google.
Aku selalu berangan nak jogging di taman neighborhood ni, tapi hampeh la tapak sneakers yang terkopak tak gam lagi. Nak beli baru..ehem. Ehem.
Jiran-jiran kat sini pun senyap je, takde yang terpekik terjerit. Aman duniaku untuk tidur di siang hari.
Ya, aman sangat. Sampai aku dah lama ignore thesis aku. Sebab dah packing barang, aku pun tak pasti kotak mana yang berisi fail thesis tu.
Setakat ni, aku OK lagilah jadi housewife. Tak tahulah berapa lama lagi aku tahan. Asyik menambahkan saiz perut je kerjanya sejak ada dapur sendiri. Heh

Career
Subscribe to:
Posts (Atom)