May 31, 2011

Restless Ear Syndrom




I heard about Encik Arturo ni from Salman kut. Kena kasi kredit sikit la.

I hope you get the joke.
Me and suga dady gelak-gelak sampai miss a few parts then replay lagi dan lagi.

(Risau pula dengan orang-orang yang malas nak usul periksa ni, dah tak faham kang depa cakap Encik Arturo ni dera anak pula)
.

May 30, 2011

OTK!

Bil letrik rumah aku, sejak aku pindah, tak pernah kurang dari RM150.

Tapi syukurnya, tenant sebelum aku dah bayar sekelepuk beribu-ribu kut.
Aku tak pernah bayar bil letrik.

Bulan ini, yang sekelepuk itu bakal habis.

Bil letrik rumah aku, sejak aku pindah, tak pernah kurang dari RM150.
Entah mengapa. Walhal aku tak punya banyak barangan letrik. Cuma penapis air yang dibiarkan 'on' sepanjang hari.
Guna aircond sebulan sekali takkan sampai rat-rat ringgit.

Memang ada something wrong.
Tapi aku belum ambil tindakan.


Bil letrik rumah aku, sejak aku pindah, tak pernah kurang dari RM150.

Ah, tarif baru.
Kalau nak harapkan subsidi, nanti kerajaan muflis.


Memang kena bertindak segera nampaknya.


Hidup Najib!
.

May 23, 2011

Cerita panjang: Tentang Halal Secret Recipe

Tajuk bersempena dengan scene 'Tentang' yang dicetuskan oleh Sindiket Soljah.



Bagaimana tergeraknya aku untuk update entri di bawah adalah kerana timbulnya isu kononnya kek Secret Recipe mengandungi DNA babi.
DNA tuuu, bukan lemak ke apa, tapi detail tahap DNA. Kiranya kek tu ada bau-bau bacang dengan babi la.


Oleh kerana aku seorang Muslimah yang tak berapa nak 'Muslimah' (lain tu, kena reti beza), aku pun selidik lah di website JAKIM, tengok apa yang tak halalnya.

Rupa-rupanya yang tak halal tu adalah produk Puratos yang diberi nama 'Talento...blah blah blah...secret recipe'.
Oleh kerana orang Melayu ni tak biasa kechek omputeh, maka apabila terdengar istilah secret recipe maka kita pun terbayangkan Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd.
Padahal resipi tat telur makcik aku pun digelar secret recipe jugak, sebab kerabat diraja yang bagi resipi tu suruh rahsiakan. Oops.


Maka tanpa usul periksa, rakyat jelata yang cakna lagi proaktif sekalian pun menyebarkan berita tentang pengharaman Secret Recipe atas dasar 'Sebarkan jika anda sayangkan Islam'.
Niat tu bagus. Tapi kalau takde bukti, dan tak benar pula tu, bukankah anda sudah menjadi seorang penyebar fitnah, wahai akak-akak tudung labuh?
Atau, akak nak bersumpah laknat di masjid Kampung Bharu dengan memakai baju kalis peluru dan helmet Magneto?


Habis, kalau 'Sekinchan Ikan Bakar' cawangan Setiawangsa tak dapat sijil halal, adakah semua ikan bakar yang terdapat di daerah Sekinchan, Selangor haram dimakan?


Yang rajin pi letak logo Secret Recipe dan gambar kek pada artikel tu pun bukan main lagi ye.
PPIM pun sama.
Pihak PPIM, kenapa tutup ruangan komen setelah saya komen untuk betulkan kesalahan komen-komen sebelumnya yang mengatakan cuma 2 cawangan SR diiktiraf halal?
Sekarang, sudah terbukti hujah berkaitan Secret Recipe itu tidak benar, mengapa tidak padamkan saja entri itu? (atau betulkan tajuk post) Sekarang, orang ramai tidak boleh membaca komen saya, tapi masih boleh membaca artikel itu. Adakah anda tidak mahu menarik balik kenyataan (dalam tajuk) itu?


Kalau anda nak tahu, kalau diikutkan desas-desus, Milo dan Maggi pun haram juga. Tapi Ustaz Azhar kata, kalau takde bukti boleh jadi fitnah.


Maaf buat akak-akak tudung labuh yang tak bersalah. Saya tujukan untuk yang berkaitan sahaja.
Time macam ni lah kan, semua nak keluarkan ayat seperti

"Patutlah, bila akak nak pergi makan tiba-tiba rasa tak sedap tekak."

"Kawan-kawan selalu cakap sedap. Saya LANGSUNG tak teringin pun. Sekarang baru saya tau kenapa. Syukur."

"Dari dulu lagi mengidam tapi tak pernah pun makan. Apa sedap sangat ke benda haram tu?"

"Ni budak-budak perempuan suka la makan kat situ. Konon best sangat. Ha, makanlah lagi kek babi tu, nanti perangai pun sekor-sekor sama macam babi."

"Dari dulu lagi aku dah tau dah haram."

Ye lah, aku faham yang korang terpelihara dari benda-benda haram ni sebab korang suci. Bukan macam aku.
Tapi kalau dah tahu sebenarnya tak haram pun, apa korang nak cakap sekarang?
Mungkin "Syukur aku tak pernah ada selera nak makan di tempat yang ada service charge 10% ni."


Aku tak dapat untung pun dari Secret Recipe ni. Dan aku tak rugi pun kalau korang boikot. Tapi aku tak suka mengongkong diri akibat benda-benda yang tak sahih. Kalau aku lepak Cheras Leisure Mall, contohnya, tak banyak pilihan restoran yang halal pun. Tapi at least ada Secret Recipe.

Eh jap. Tapi Secret Recipe tu tempat aku berkenalan dengan lelaki di atas. So mungkin la aku ada nostalgic sikit.

Aku rasa kita patut berterima kasih pada JAKIM sebab umumkan ketidakhalalan 2 produk Puratos. Tapi kau sedar tak, JAKIM tak tarik sijil halal Secret Recipe?

Dan, kalau nak bergantung sangat pada JAKIM pun, memang tak bagus. Tapi, kau nak dapatkan info dari siapa lagi?
Kalau makan di luar, kalau makan restoran yang tokey dan semua pekerjanya Melayu sekalipun, mereka beli bahan mentah dari luar juga. Kalau kau pergi bakeri Melayu, mana kau tahu dia tak beli produk Puratos?
Sekarang ni, dengar khabar (tanpa bukti), DNA babi dalam produk Puratos tu datang dari Fonterra pula. So, kalau benar, kita kena track down client dan produk Fonterra di Malaysia pula.
Anlene, Anmum dan rakan-rakan.


Oleh itu kita jangan makan di luar langsung. So kita makan di rumah.
Wait, kita makan di rumah pun beli barang di luar juga. So bagaimana?

Kesimpulannya, kita semua buat roti dan kek sendiri. So kena buat tepung sendiri. So kena ada ladang gandum sendiri. So kena pindah negara yang boleh tanam gandum. Kena buat mentega sendiri. Kena bela lembu sendiri. Sebab pembekal tepung dan dairy products ni semua tak boleh percaya.
Mungkin kerajaan patut hentikan segala pengimportan bahan makanan. Kita import pekerja asing je.


Dulu kawan aku pernah membebel, katanya
kita ni rakyat biasa je. Tak belajar Food Technology. Belajar agama pun, fardhu Ain je. Untuk orang JAKIM dan orang Food Tech lah kewajipan kaji halal atau tak. Kita marhaen yang hina ini di receiving end. JAKIM kata halal, kita makan. JAKIM tipu, depa dapat dosa. Bukan kita.

Ada point juga di situ.
Tapi ye lah, JAKIM proses yg apply sijil halal je, depa tak paksa semua premis atau pengeluar untuk apply ye dak? Tapi tu bukan salah aku, kan?


Kalau nak makan, tak boleh was-was, kak. Akak pun mesti lebih tahu.
So untuk orang yang percaya apa-apa yang mengandungi istilah 'Secret Recipe' itu tak halal, ianya haram bagi anda.

Untuk orang lain yang yakin, masih halal dimakan.

Aku rilek je mabuk-mabuk dengan beer halal dalam gambar ni. Dah aku dapat kat MIHAS, halalkan je lah salah silap aku


.

May 22, 2011

Puratos and Secret Recipe

Aku belum jumpa kaitan antara 2 syarikat neh.
Belum jumpa list client Puratos.

JAKIM pun tak cakap apa pasal Secret Recipe.


So aku nak pergi makan Chocolate Volcano di Secret Recipe.
Tak nak ikut sudah
.

May 21, 2011

Paranoid

Tidak lama dahulu, aku ada terima satu email yang dipanjangkan oleh kakak aku.
Maksudnya, beliau forwardkan email tu pada aku, bukannya beliau pegi sambung cerita email tu agar menjadi lebih panjang.


Email itu tergolong dalam kategori kegemaran Dila Raden iaitu kategori email 'Sebarkan Jika Anda Sayangkan Islam'.

Dalam email itu menceritakan tentang terdapat lambang salib pada kotak Clorets Infinity.
Oqeh samada benar atau tidak Clorets memang sengaja mahu letak lambang salib pada kotak gula-gula, aku tak pasti. Lambang salib ni ada di mana-mana, termasuk buku ABC adik-adik anda. Nak buat rumah pun ada palang berbentuk salib.



Tapi mungkin juga product designer Clorets merupakan seorang penganut Kristian yang alim yang percaya salib sebagai pelaris.
I don't give a damn.

Aku bukan mahu bincang tentang lambang salib itu.

Aku cuma terganggu dek satu ayat dalam email itu.
Orang yang tulis email tu suruh kita buang semua produk keluaran Clorets yang kita ada, kerana mungkin Clorets yang bukan Infinity pun mengandungi lambang salib- kerana yang dijumpai penulis itu agak tersorok. Beliau suruh buang semua yang dalam handbag, dalam rumah, dalam poket.

Yang aku pasti, beliau ada mengusulkan bahaya lambang salib ini jika berada di dalam poket dan kita bawa sembahyang. Katanya, lambang salib itu boleh buat solat kita tidak khusyuk.

Wait,
sekarang aku keliru.
Email ni untuk yang sayangkan Islam atau untuk melunturkan pegangan?


Adakah kita sebagai orang Islam percaya bahawa lambang salib (atau apa-apa berbentuk 't') itu memiliki kuasa tersendiri? Apa yang lambang itu boleh buat? Can it harm us?
Boleh halau hantu atau vampire Kristian?

Kalau orang kata Sue Anna Joe paranoid, yang ini apa pula?


Sedangkan menampal ayat Quran di dinding rumah sebagai pelindung atau tangkal pun, sudah dikira Syirik (atau khurafat? aku keliru sudah). Inikan pula kau nak percaya bahawa lambang salib itu mampu menggugat keamanan hidup kau?

Ni mesti jenis yang tak boleh tengok emblem Manchester United terus histeria sebab ada syaitan merah.


Eh, alamak. Mungkin Ibrahim Ali yang tambah ayat tu dalam email sebelum forward pada kita semua?

Siapa lagi manusia paranoid yang kau pernah lihat selain Penguin (dalam Batman)?

.

May 19, 2011

Retro




Dulu masa kecik-kecik, gua minat sangat minah ni. Lagipun nama sama macam kakak gua. Muka pun lebih kurang.

Dulu masa kecik-kecik, gua suka sangat lagu ni.
Sanggup buka kamus cari maksud perkataan 'wanna'.
Dari kamus Oxford sampai kamus DBP, semua takde.


Masa tu, gua kecewa betul.
Mana boleh nyanyi lagu tapi tak tahu makna.

Ok dah, lu all tak perlu nak teka umur gua sebab gua tak membesar dengan normal.
Kira macam waktu tu mental age gua dah setaraf budak darjah 6 kut.
Bak kata Luppi, what the hell were you thinking reading Remaja and Wanita at 4 years old?

Dulu masa kecik-kecik, gua minat sangat minah ni. Lagipun nama sama macam kakak gua. Muka pun lebih kurang
.

Gimik

Oqeh.
I get it.


So the fuss about junk food and nasi lemak and canteen foods are not good for the kids,
lead to obesity and all...


are just a gimmick to increase the price of gula?

Right?
.

May 18, 2011

Slumber

Oqeh enough with the Deepset gig and pillow talk and everything, so sekarang aku tidur di rumah sendiri, macam biasa.


Kalau satu slumber party boleh menyebabkan aku sibuk lalu tak update blog selama seminggu,
apakata aku join slumber party setiap hari Sabtu?
.

May 13, 2011

May 11, 2011

KeepSlim: I'm not gonna eat tonite

So I was in Jusco today.
Aku jalan sorang-sorang, tolak troli yang dalamnya ada penyedut hampeh. Eh silap. Penyedut hampagas.

Walaupun aku jalan ke depan, troli tu aku sengetkan ke kanan kerana allignment rodanya sudah lari. Maka sepanjang perjalanan aku mendapati orang yang lalu di sebelah kanan aku semuanya kelihatan saspen kerana menyangkakan aku menolak troli ke arah mereka. I take it as an entertainment. Free entertainment.

Tiba-tiba aku dikejar dari belakang. Eh ada ke dikejar dari tepi? Ada kut.
Tapi aku tak lari sebab aku tak sedar pun bahawa aku sedang dikejar ketika itu. Kiranya kalau ada orang kejar dan rakam aku untuk rancangan Wakenabeb memang tak menjadilah trick itu.


Tiba-tiba ada tangan hulur kertas di sebelah kiri ku. Tangan sahaja. Lengan takde, badan takde.
Kepala lagilah tak wujud. Aku teruskan berjalan. Tangan tu ikut aku.
Maka aku pun ambik kertas tu. Ada gambar 2 orang perempuan letak tangan di pinggul sambil sengih.
Langkah aku perlahan sebab aku dah distracted.

Tuan punya tangan berjaya keep up dengan pace aku. Seorang perempuan Cina berjalan di sebelah aku.
Rupa-rupanya dari tadi beliau duk kejar aku.
Aku sangkakan bila aku dah ambik pamplet tu beliau tak kacau aku lagi. Tapi beliau terus ikut aku. Aku pun rasa pelik. Aku ingat aku datang shopping dengan Encik Stateskop tadi, bila pulak aku datang shopping dengan amoi ni?

"Sekarang promosi murah dua puluh semilan rengit saja untuk satu sesyen."

Aku angguk.

"You pernah buat slimming treatment?"

Aku berhenti melangkah. Aku pandang dia.

"You pernah buat slimming?"

Aku tak cakap apa. Aku pandang badan dia. Aku geleng. Aku blah.

Dia tak kejar aku dah.

Aku bingung. Aku berfikir.
Tadi dia datang dari arah belakang. Kalau dilihat dari arah belakang, adakah aku layak membuat rawatan pelangsingan? Dah lah tadi aku makan personal pizza dan cream soup dan smoked deli wings.

Walaupun pinggul aku besar, tapi BMI aku adalah 19.
Dan aku lebih kurus dari amoi itu.


Patutnya tadi aku cakap
"Awak try dulu, nanti awak dah kurus macam saya baru saya percaya."

ataupun

"Orang macam awak ni lah yang menyebabkan kawan-kawan saya diet, beli produk pelangsingan harga ribu-ribu, dan taknak teman saya pergi makan pizza!"


Owh oqeh. Emo pulak
.

May 09, 2011

Selamat Hari MILF sedunia!

May 08, 2011

Hari-hari haram

Sambut Hari Valentine, haram.

Sambut Hari Buruh, haram.

Sambut Hari Ibu, haram.

Sambut Hari Sabtu, haram.
Kerana ia merupakan hari suci buat Yahudi.

Sambut Hari Ahad, haram.
Kerana ia merupakan hari suci buat Kristian.

Sambut Harimaujatuhdarilangit, haram.
Kerana ia mengancam nyawa dan kesejahteraan.

Sambut Hari Jumaat?
Haram, kerana ia merupakan hari suci buat Rebecca Black
.

May 06, 2011

Bagaimanakah ia berbeza, Puan?

Aku cakap merajuk dengan turn off berbeza dari segi puncanya.
Kerana jika diambil kira akan reaksi, bagi sesetengah perempuan, resultnya adalah sama.

Maksud aku, sesetengah perempuan ni, waktu merajuk mungkin dia diam, muncung, hentak-hentak tumit booties berjenama Primavera, mahupun mogok lapar dan senyap-senyap makan Cloud 9 yang disembunyikan dalam tas tangan. Mana boleh tahan lapar, beb.
Tapi waktu turn off pun reaksi begitu juga. Memang cranky ini perempuan.
So, macamana mau beza?


Macam aku kata tadi, puncanya berbeza.
Merajuk berasal dari perasaan sedih (70%) dan marah atau kecewa (25%). Lagi 5% tu, mengada-ngada kut.
So, instead of menumbuk cermin kereta dengan cincin pertunangan di jari, ataupun menjerit memarahi teman lelaki di tempat awam, adalah lebih baik diam sahaja. Mungkin perempuan itu mengikut hadith Nabi yang menyuruh kita diam apabila marah.
Rasionalnya kita boleh fikir sendiri kut. Dalam keadaan marah, kita akan mengatakan sesuatu yang melukakan hati pasangan kita dengan kejam sekejam-kejamnya kan pun adoi. Dalam keadaaan marah, tak kira lelaki mahu perempuan, akan membebel sambil mencari salah silap kekurangan pasangan dan keluarga pasangan sekali. Tak pasal-pasal anak menakan aku kena sekali memang rasa nak jadi Wolverine dan siat-siat je manusia itu.

Nabi juga cakap, kebanyakan dosa anak Adam adalah dari lidahnya. So kalau taknak cakap benda berfaedah lebih baik diam. Tak berfaedah pun nak marah-marah especially kalau pihak satu lagi dah tahu apa salah dia.
Oqeh, aku faham perasaan kadang-kadang mahu membebel juga bila orang itu buat muka tak bersalah dan minta maaf tak ikhlas padahal terang-terang dia salah. Lepas tu siap cakap 'nak cakap apa lagi? kan saya dah minta maaf'. Minta maaf stail hari raya tu tak valid lah.


Turn off pula, tidak berpunca dari kemarahan atau perasaan sedih. Turn off berpunca daripada keterujaan yang terhalang. Macam antiklimaks lah kiranya.

Contohnya, minggu depan aku dah plan nak berslumber party dengan mereka yang Encik Stateskop gelarkan 'geng kraepes awak'. Itu kerana pada slumber party wajib ada hidangan Mille Crepes.
Maka aku pun teramatlah horny walaupun rasa bersalah sebab nanti adik ipar nak datang buat pertama kali tidur di rumah aku tapi aku pulak pergi tidur tempat lain. Kemudian, bayangkan kalau slumber party itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Lalu Encik Stateskop mengajak aku ke Food Foundry untuk makan Mille Crepes.
Tapi aku takmau.

Adakah aku merajuk? Tidak.
Hanya turn off. Hilang mood saja.
Tidak marah mahupun sedih.
Tapi turn off big time lah.

Macam kau dah horny semangat pakai cantik-cantik dan vogue-vogue nak pergi kenduri kahwin kakak kawan kau di Sri Rampai, lepas tu orang yang patut jemput kau cancel, dan orang lain yang boleh tumpangkan suruh naik LRT dari Kelana Jaya. Boleh je kalau nak pergi, tapi dah turn off.
Tak. Pe. Lah.


Ha, kan lain tu, merajuk dengan turn off.
Orang biasa turn off je mid-coital, tapi mana ada orang merajuk mid-coital.


Macamana nak pujuk kalau turn off?
Kita ambil contoh Mille Crepes itu. Wajarlah juga menawarkan perkhidmatan membeli Mille Crepes di Nadeje, Melaka, mahupun Bake Lamb di Pizza San Francisco, Bangi. Tapi jika sekali cakap tak mau, boleh tanya lagi 2 kali.
Kalau tak mau juga, tak mengapa. Habib Jewel pun boleh, tapi sekarang mungkin orang lebih prefer Lazo Diamond kerana lebih banyak pilihan emas putih.
Jangan risau, turn off tidak sekronik merajuk. Let them sleep on it. Atau sleep them off. Ntah. Apa ntah idiom yang betul.



Macam aku selalu mention di blog ini,
kalau merajuk, kasi Aston Martin warna merah teluki sebijik terus oqeh kut
.

May 05, 2011

Merajuk, dengan turn off. Tak sama.

Tak sama, oqeh
.

May 03, 2011

Cerai

Aku tengok cover Berita Hairan, Najib menyeru pada Tuan Guru supaya ceraikan DAP.

Sebab DAP tak perjuangkan Islam. Kata PAS 'bersumpah' nak perjuangkan Islam.
Buat apa kita bersekongkol dengan orang yang tak perjuangkan Islam.


Baik Tuan Guru join BN je kan?
Bak kata perdana menteri, 'UMNO lahir di istana dan bukannya di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebab itulah (PKR) sikit-sikit hendak berdemonstrasi. Takkanlah kita nak harapkan orang yang jam tangan pun hilang.'

Betul gak tu. Nak perjuangkan Islam, fokus la pada Islam. Toksah sibuk berkawan dengan Cina DAP.

Tengok macam UMNO, mana ada bersekongkol dengan parti bukan Islam dan bukan Melayu. Sebab tu mereka berjaya memajukan orang Melayu.
Sebab tu mereka berani bersumpah laknat. Sebab mereka memang bersungguh-sungguh perjuangkan Islam.
Orang macam tu dengan izin Tuhan takkan kena laknat.


Dalam artikel lain Berita Hairan hari yang sama juga ada menyebut, bukan sahaja PAS telah membelakangkan agama dengan bekerjasama dengan DAP, malah turut menggalakkan maksiat.
Seorang pembaca pula telah menyatakan kekesalannya terhadap Anwar yang tidak bersumpah. Ujar beliau, Anwar sepatutnya mencontohi Chua Soi Lek dalam etika kejujurannya.

Oleh itu, Anwar sepatutnya berguru dengan pemimpin MCA.

Nampaknya Tuan Guru pula kena banyak menuntut hal agama dan cara mencegah maksiat dari pemimpin UMNO seperti PM.



Selain itu ahli PAS juga mungkin boleh belajar cara melafazkan kalimah syahadah dengan betul dari Datuk Eskay
.