Sebenarnya entri ini adalah respon kepada
entri ini. Aku tak suka komen panjang-panjang dekat blog orang. Lagipun ada blog sendiri, ye dak?
Sebelum apa-apa, diharap membaca
artikel ini terlebih dahulu sebagai panduan.
1. '
Lelaki boleh ada perempuan simpanan dan bila lelaki buat,masyarakat kata biasalah,lelaki."Tapi bila perempuan buat,perempuan tu dipandang serong sehabis mungkin dan kemudiannya digelar,perempuan jahat,jalang,bitch.Masalahnya,masyarakat kita dah anggap kalau lelaki main kayu tiga..itu adalah satu benda yang expected.'
The thing is, aku tak anggap kalau bapak atau abang atau pakcik aku main kayu tiga (Nauzubillah) ia adalah satu benda yang expected maka mak/kakak ipar/makcik aku tak boleh marah. Kawan aku yang playboy pun marah (dan sedih) juga bila bapak ada affair dengan perempuan lain.
Mungkin masyarakat kita memang expect kamu main kayu tiga maka isteri kamu tak boleh marah, saya tidak tahu. Tapi Islam tak 'expect' begitu.
Aku rasa kita kena reti beza antara
(a) perjuangan untuk membuatkan masyarakat tak memandang rendah perempuan yang nak berperangai macam lelaki sundal, dan
(b) perjuangan untuk membuatkan masyarakat memandang rendah pada orang yang berperangai macam sundal tak kira lelaki mahupun perempuan
2. 'Hak perempuan untuk pakai dedah-dedah' memang aku tak sokong. Sebab nanti orang gila seks horny kat perempuan dedah, perempuan lain yang jadi mangsa.
Tapi kalau dah aura seksi, takpe.
Aku sokong hak perempuan untuk berhias seadanya, dan berpakaian seksi di dalam rumah sendiri.
3. Aku personally tak suka Dr Mashitah. Tapi aku baca artikel itu dari sudut lain. Ini adalah suatu perkara yang dah lama aku mahu tulis tapi tiada isu yang berbangkit. Ia adalah berkenaan isu cerai, bahagia dan nusyuz.
Dulu aku pernah persoalkan, kenapa talak dan fasakh itu halal sedangkan Tuhan benci. Kenapa halal walaupun tak elok? Guru agama aku cakap, kerana dalam sesetengah kes talak adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan dosa. Cerai adalah sesuatu yang halal. Tetapi derhaka pada suami adalah dosa besar. Suami curang juga dosa. Suami pukul isteri, isteri kasi aura langit keenam pada suami pun berdosa.
Kalau dah tak sebulu, tengok pun rasa menyampah, macamana nak elak dosa? Duduk berasingan? Tak tunai tanggungjawab? Berdosa juga.
Tapi cerai tak berdosa.
Apa yang aku faham, bukan Dr Mashitah mahu menggalakkan cerai. Tapi Dr Mashitah concern dengan kes isteri-isteri teraniaya yang tak berani minta cerai. Atau tak mahu kerana masih mengharapkan suami insaf. Kan aku dah banyak kali tulis kat sini, perempuan bila sayang lebih, jadi bodoh. Bodoh tak habis.
Memanglah zaman dahulu tak banyak kes cerai. Tapi kau ingat semua yang tak bercerai dan masih bersama itu bahagiakah? Tak juga. Dulu ramai wanita tak bekerja jadi mereka tak sanggup minta cerai nanti tak ada duit nak kasi anak makan. Nak bayar legal fees pun tak mampu, macamana nak bercerai.
Ini bukan berlaku dalam budaya kita sahaja. Di Eropah juga, pada zaman ekonomi merosot, statistik penceraian merudum. Bukan kerana kemiskinan membawa kebahagiaan, tapi kerana mereka tidak mampu untuk bercerai dan duduk berasingan. Kebanyakan mereka masih tinggal sebumbung tapi tidur berasingan.
Zaman sekarang pun, masih ada pasangan yang masih suami isteri yang sah tapi tidak tidur sekatil. Cuma ramai tidak tahu. Ye lah, buat apa nak buka pekung di dada. Aku cakap ini berdasarkan kes yang aku lihat sendiri.
Apa yang aku dengar dari anak-anak pasangan ini, mereka sangat lega setelah ibubapa mereka bercerai (walaupun dulu mereka tidak mahu dengar pun perkataan 'cerai') kerana sewaktu ibubapa masih tinggal serumah dan asyik bertekak atau tidak berkomunikasi langsung ianya memang membiolkan anak.
Nak makan pun susah nak kena fikir, nak makan ikut waktu ayah, atau waktu emak pergi dapur. Kalau ada yang kecil hati, jadi anak derhaka pula nanti. Sukarnya menjaga hati kedua-dua pihak sampai anak suruh bercerai.
Satu lagi, nak bercerai pun bukan mudah juga. Mahkamah Syariah akan buat banyak songeh untuk melengah-lengahkan proses penceraian dengan harapan pasangan itu tak jadi bercerai. Dan itu termasuklah kaunseling perkahwinan.
Another reason dolu-dolu wanita tak failkan penceraian adalah kerana stigma terhadap 'janda'. Malu lah nanti macam dah 'turun pangkat' jadi janda.
Takkan kau tak kesian pada isteri-isteri yang asyik masuk hospital kena pukul dek suami, atau suami kikis duit, tapi stay married sebab taknak jadi janda.
Aku pun pelik kenapa masyarakat pandang rendah pada janda, tapi tidak pada duda. Kalau dia jadi janda sebab suami dia kena tangkap basah dengan orang lain, janda tu juga yang salah, kan? Aku pernah dengar sendiri janda kena maki hanya kerana dia janda, tak buat salah apa pun.
Lebih baik jadi janda daripada jadi isteri sundal merosakkan hidup suami.
Tapi itu dulu kut, sekarang ni trend kahwin dengan janda. So perempuan sekarang pun tak kisah nak bercerai sebab tak lagi dipandang hina. Maka statistik penceraian meningkat.
Satu lagi, apa sebab dalam Islam walaupun perempuan tak ada kuasa talak, tapi boleh minta fasakh?
Disebabkan kerana isteri-isteri terabai tak berani (atau tak tahu yang dia boleh) failkan
fasakh, itu juga boleh mengundang fitnah. Suami dah tinggalkan isteri dan kahwin lain bertahun-tahun. Status wanita itu masih isteri orang, tapi dilihat orang sebagai janda maka ramailah lelaki mengganggu. Kalau wanita itu jatuh cinta, mula keluar dengan lelaki? Sudah dikira curang, dan berdosa. Lebih baik fasakh saja.
Kalau isteri digantung tak bertali buat maksiat, suami juga berdosa kerana menyebabkan isteri melakukan kecurangan. Dah jadi dua orang buat Tuhan marah.
Satu lagi, bila isteri teraniaya tak tuntut fasakh dan menyeksa diri, itu yang menyebabkan orang bukan Islam melihat Islam sebagai agama yang menindas wanita.
Sebenarnya itu salah wanita itu tak tahu hak sendiri.
4. Sekarang ni ramai suami yang jadi biawak hidup. Dah lah tak bagi nafkah, duk perabih duit isteri. Kerja rumah tak buat. Yang ni la elok cerai. Nanti anak lelaki tengok bapak camtu, dah besar pun buat lagi macam tu memang tak maju masyarakat kita ni kalau ketua keluarga tak bertanggungjawab.
Maksud Dr Mashitah 'penceraian selesai masalah' tu, dari segi masalah yang melibatkan dosa dalam rumahtangga lah. Bukannya masalah perut buncit dan payudara kendur pun boleh selesai dengan penceraian.
So daripada duk bertekak, depressed, nusyuz, dayus, curang etc lebih baik bercerai sahaja.
Itu JIKA SUDAH MENCUBA UNTUK PERBAIKI KESILAPAN DAN CARI JALAN PENYELESAIAN selain talak.
Di penghujung artikel, Dr Mashitah cakap
“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga.”
5. Tak, Dr Mashitah tak cakap pun penceraian adalah penyelesaian kepada peningkatan kes penceraian. Ye, ayat ni kelakar.
6. Ye, perempuan ni dah kahwin kalau tak happy pun kena sabo je lah. Sebab perempuan memang tak layak happy kat dunia ni. Kena dera pun takpe. Sabo je. Asalkan tak mintak cerai, tak melawan suami.
7. SIS memang a big joke. Aku tak kisah depa nak liberal lantak depalah, tapi jangan guna nama Islam.
8. Islam tu adil dan memuliakan wanita. Tapi masyarakat kita tak adil dan memuliakan wanita pun. Orang yang tak tau mana satu culture, mana satu agama ni, sama je dengan SIS.
Bezanya, SIS ikut orang putih, kau ikut Melayu. Dua-dua tak ikut Islam. Pot calling the kettle black.
9. Pasal budak perempuan tu, dia budak lagi dan naive. Dia mungkin tak ada didikan agama macam kita dapat. Aku rasa kita patut kesian instead of kutuk dia. Kau pernah rasa ke jadi orang jahil? Atau kau dah lupa zaman kau malas solat dulu?
10. Memang sebagai orang yang dianggap ustazah, aku rasa Dr Mashitah overdo makeup dia. Tapi tak tahulah kut-kut suami dia suruh makeup tebal, atau suami dia larang tapi dia derhaka.
Ini pendapat aku sorang. Tak mewakili pendapat suami aku.
Lepas ni aku nak membebel panjang pasal point nombot 8 pulak
.