[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
July 31, 2011
Ada juga link yang berguna di Suicide Park ini
Terima kasihlah pada Encik Stateskop yang introduce blog 'secret recipe' di bawah.
Tak, dijamin takde DNA babi punya.
Aku browse blog ni untuk cari doa-doa pendinding (or something like that) kemudian terjumpa pula link tentang solat terawih ni.
Yang bagusnya, ada panduan solat terawih yang simple.
Tapi point yang ingin disampaikan oleh penulisnya adalah pendapat beliau tentang wanita solat terawih di masjid.
Aku rasa benda ni biasanya dipengaruhi keluarga jugak kut.
Mungkin sebab dalam keluarga aku, perempuan jarang ke masjid (kecuali untuk sembahyang raya), maka aku memang tak teruja sangat nak terawih di masjid.
Lagi satu, (ini sekadar pendapat peribadi) aku kurang gemar solat sunat di masjid. Aku lebih prefer yang sunat tu buat sorang-sorang di keheningan malam. Kadang-kadang rasa poyo gak la, solat fardhu tak seberapa, jauh sekali nak solat di masjid tapi yang sunat tu beria pulak.
Sebab tu aku tak suka kut cerita pengalaman terawih ni, takut timbul perasaan bangga pulak. Walaupun hakikatnya takde apa yang boleh dibanggakan.
Tapi aku faham lah, sesetengah orang prefer pergi masjid sebab nak dapatkan aura semangat Ramadhan tu. Bulan lain tak biasa ke masjidlah katakan.
Aku pernah la cuba di kampus, sebab aku dengki orang lain seronok je pergi terawih. Tapi aku masih tak boleh fokus langsung. Dengan peluh meleleh di badan, memang tak boleh khusyuk langsung. Sudahnya aku rasa terawih tu kosong, takde isi. Lagi-lagi time tahiyat akhir tu macam takde space je nak duduk.
Aku tau la solat jemaah kena rapatkan saf, tapi agak-agakla rapat tu; perlu ke sampai menghimpit-himpit sampai duduk tak sempurna, takbir tak sempurna, telekung kena pijak dengan orang sebelah lepas tu kau tak boleh bangun untuk tahiyat seterusnya tanpa telekung kau separuh tertanggal?
So lepas tu aku decide better aku solat sendirian je. Walaupun sekejap je, bacaan pun pendek-pendek sebab aku memang tak hafaz surah panjang, tapi jauh lah lagi syok daripada fikiran melayang sementara tunggu imam habis bacaan, ataupun duk tahan panas dan geli peluh mengalir di kulit.
Aku rasa solution yang bab peluh tu adalah solat di masjid yang ada aircond la kut.
Oqeh ye aku tau kalau aku khusyuk, gempa bumi pun patutnya aku tak sedar.
Eh korang jangan salah faham aku bukan nak cakap terawih di masjid tu tak elok.
Cumanya untuk orang macam aku, rasanya lebih baik solat di rumah saja. Penghayatannya lebih, buat aku.
Aku tak nafikan mungkin aku juga terpengaruh dengan pendapat 'wanita lebih afdhal solat di rumah' yang berlandaskan hadith sahih. Mungkin ayah aku pun macam tu.
Tapi family lain, mungkin dari kecik ayah dah ajak satu family terawih di masjid. Maknanya ayah dia takde lah terpengaruh dengan hadith tu macam aku. Bagus juga kalau dah biasa macam tu. Elok pergi masjid daripada satu family lepak kedai mamak malam-malam. Keluar berbuka dengan lepak tak sama ye.
Cumanya kalau anak tu masih terlalu kecil untuk reti duduk diam, atau masih pakai diapers, mungkin belum sampai waktu ibunya ke masjid. Nanti orang lain tengah solat, budak tu bising ke, main mercun ke, baling selipar ke, tak ke buat orang marah tu?
Oh, satu lagi...pasal nafas berbau. Siang hari tak kisahlah, memang bau syurga. Ada sesetengah orang, lepas berbuka pun masih nafas berbau lagi. So sebelum pergi masjid tu silalah gosok gigi dan gargle dulu ye. Terutamanya kalau kamu suka makan bawang. Bukankah nabi pesan kalau makan bawang jangan solat di masjid? Bau rokok pun sama lah kan.
Aku sendiri pernah berpengalaman berjemaah dengan orang bermasalah ini. Ya, waktu solat kita bukan mengadap muka orang. Tapi kalau halitosis tu kronik, tak perlu mengadap pun sudah tercium juga haruman kasturi itu.
So terpulanglah pada korang nak pergi masjid ke, surau ke, jemaah dengan mak di rumah ke...
Aku cuma mahu share link berguna di atas. Pandai-pandailah ekstrak.
Point aku di sini ialah, solat terawih di rumah tak mendowngradekan terawih anda, terutamanya jika anda seorang perempuan.
Renung-renungkan dan selamat mengamal
!
Planted in the gardens of
Islam
July 28, 2011
Geng emo
Kalau kau dah lama follow Suicide Park macam erm, Ms Weed, mesti kau ingat dulu aku rajin tulis pasal bangsa/keturunan dan ketidaksignifikannya.
Lepas tu mesti ada orang emo kat comment box. Komen pulak guna anonymous la kan. Eh mestilah.
Komen macam 'Dari dulu lagi Melayu adalah Islam. Islam itu Melayu' dan 'Melayu tu bangsa paling mulia di dunia. Kau tu tak reti bersyukur jadi orang melayu'. Whatever.
Mungkin mereka orang PERKASA.
Selain dari isu Melayu, satu lagi isu yang buat orang emo adalah isu cikgu buat salah.
Maknanya selain Melayu, guru juga adalah golongan ma'sum.
Walaupun kau dah terang-terang menyatakan kau despise seorang guru sahaja, mereka akan anggap kau anti semua guru. Kau adalah manusia yang tak kenal erti bersyukur kalau kau kutuk seorang guru yang mungkin pedofail dan pukul murid untuk lepas geram.
Walaupun kau terang-terang kutuk cikgu yang malas sahaja, mereka akan ramai-ramai serang kau.
"Cuba la rasa jadi guru 2-3 hari."
"Kau jangan hantar anak pergi sekolah la wei!"
Kadang-kadang, cikgu pun macam kerajaan.
Yang mahu kita bersyukur kepada mereka, bukan dengan Tuhan.
Yang hairannya, aku biasa juga dengar pekerjaan lain dikondem. Malah, pekerjaan lain lebih teruk digeneralizekan. Contohnya pekerja Pejabat Tanah selalu takde di pejabat pergi lepak minum, dan pembantu rumah Indonesia suka mencuri.
Tak pernah pulak aku dengar orang emo mempertahankan pekerja Pejabat Tanah ni.
Reporter pun orang dah menyampah dah sekarang ni. Tapi takde pulak mereka bising-bising cakap kita tak bersyukur pada jasa mereka menyampaikan maklumat.
Dulu waktu kecoh isu polis ganas waktu BERSIH, ada la juga beberapa orang yang sibuk backup polis. Tapi takdelah seteruk orang emo nak backup cikgu.
Walhal polis tu dah memang kerja dia kena ikut arahan. Suruh tangkap, tangkap. Malah, memang ada arahan yang diterima polis ketika BERSIH untuk tendang sesiapa yang ingkar. Arahan itu telah dirakam di dalam video.
Tapi mana ada guru besar beri arahan suruh pukul murid, suruh mencarut dalam kelas, atau suruh raba murid?
Arkitek pun selalu juga kena kutuk kalau design merepek, ada hazard, dan tak environmental friendly. Tapi tak pernah pun aku baca arkitek beria nak bela rakan sejawatan mereka? PAM tak bising pun.
Kenapa ramai guru tak boleh terima yang ada rakan sejawatan mereka yang memang perangai macam haram, dan kami tak maksudkan semua guru?
Adakah kerana orang itu telah berjasa kepada kita, dia boleh buat apa saja pada kita?
Adakah silibus diploma perguruan di Malaysia telah menerapkan pemikiran yang semua guru itu ma'sum?

Untuk anon di atas, (1) Saya takde anak, checked. (2) Saya memang tak guna pun sijil-sijil zaman sekolah dulu, checked. (3) Memang tak kerja guna kelulusan masa belajar walaupun saya sayang semua lecturer saya. Suami saya pun sama. Checked.
Owh, tapi saya tak tahu cara untuk berhenti jadi orang. Tuhan ciptakan saya jadi orang, maka jadilah. Tak mungkin saya boleh pilih untuk jadi peti aiskrim.
Oh lupa nak terangkan.
Punca komen di atas adalah seorang commenter menggunakan ayat 'jangan jadi macam cikgu pemalas..'
So what? Dia cakap jangan jadi macam cikgu yang malas.
Sama macam kerajaan cakap 'pelajar jangan boros dengan PTPTN'. Adakah aku sebagai pelajar perlu emo?
'Jangan jadi arkitek berlagak'. Arkitek nak kena emo ke?
Aku rasa orang yang emo pada ayat 'jangan jadi macam cikgu pemalas'.......
adalah cikgu yang malas lah kan?
Family aku ramai cikgu, kawan-kawan aku lagi ramai cikgu.
Tapi mereka tak pulak deny the fact yang memang ada cikgu perangai tak senonoh.
Some teachers are parents, too. Don't they care when the kids' teachers mistreat them?
My father cares.
So aku hairanlah kenapa guru yang bukan dari set sosial aku agak defensive?
It's not like we despise, or hate all teachers
.

Survey
July 25, 2011
Guru dan Pelempang cap Jepun
So some are debating on the 'pelempang guru' issue. Said the parents are overreacting by issuing a lawsuit against the teacher who slapped the poor kid.
Well of course, I'm surrounded by teachers here and they are bitching about the parents.
And yes, people my age don't have school age kids yet. Their kids are newborns and toddlers. Tengoklah nanti dah besar anak korang kena lempang kat sekolah korang nak mengamuk tak.
Granted, sejak kecik kita dah dibasuh dengan terms guru ibarat lilin blah blah...Memang aku akui kita kena hormat cikgu. Tapi adakah semua guru berakhlak mulia? adakah semua parents overprotective? adakah semua budak kurang ajar?
Kembali pada isu kes tadi, kita (saya dan awak semua) tak tahu menahu details kes itu. We were not there.
Kita tak tahu pun kenapa cikgu tu lempang budak tu, dan kuat sangatkah pelempang itu, dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh cikgu itu untuk mengajar budak itu sebelum melempang. So kita tak boleh nak buat spekulasi apa-apa. Nanti jadi fitnah.
So kita jangan bincang tentang kes spesifik itu. Kita bincang secara general.
1. Ramai orang keluarkan ayat tipikal "Zaman dulu, parents hantar anak kat cikgu, pesan kat cikgu suruh pukul kalau anak buat salah, asal jangan patah riuk sudah. Zaman sekarang..."
Aku rasa orang yang guna ayat ni adalah sama dengan golongan yang mengungkit "Aku dulu takde hamfon, takde PSP pun. Budak-budak sekarang ni spoilt."
Awat hang dengki sangat kat budak-budak? Salah diorang ke kalau roh diorang ditiup masuk ke jasad pada zaman la ni? Bukannya diorang pilih nak lahir tahun 80-an ka, 90-an ka...Dah memang nasib diorang lahir pada zaman yang wujudnya PSP dan iPad dan semua orang ada hamfon kalau siapa yang takde akan left out. Aku rasa diorang lagi banyak cabaran hidup daripada kita semua.
Aku dulu kecik-kecik nak exam pun boleh main lagi. Diorang baru masuk darjah 1 dah kena tuisyen. Kita dulu dapat 8A dah kira cerdik dah, depa ni 15A pun orang tak pandang dah.
So izinkan aku untuk keluarkan ayat ni "Orang zaman dulu selalu mahukan yang terbaik untuk generasi masa depan dan tak mahu anak-anak sengsara macam mereka, bukannya macam orang sekarang yang dengki pada budak kecik."
2. "Dulu kena rotan dengan cikgu, sebab tu lah dah besar jadi orang."
Aku dulu tak pernah pun kena rotan, kena pukul. Sebab cikgu semua takut kat bapak aku. Walaupun bapak aku sendiri tak pernah pukul aku. Langsung. Tapi aku dah besar ni jadi orang gak, tak jadi kangaroo pun? Kawan aku yang cikgu tak kenal parents dia, teruk kena pukul dek cikgu. Adakah berkat kena balun itu maka dah besar jadi orang berjaya?
Kawan aku kena lempang sebab dia salah jawab soalan matematik. Kau agak-agak berkat pelempang tu adakah dia akan jadi lebih pandai matematik? atau dia akan lebih suka subjek itu dan lebih rajin buat latihan?
3. Budak sekarang tak sama dengan budak dulu. Cikgu sekarang pun tak macam cikgu dulu. Sebab tu dulu parents boleh percaya kat cikgu suruh pukul anak.
Budak sekarang, cara hukum pun biar kena dengan zaman lah. Move on.
Cikgu sekarang pun bukan sama dengan cikgu zaman dulu, yang memang bercita-cita nak jadi cikgu. Kalau jenis yang memang berangan nak masuk IPG, nak jadi cikgu, nak jadi ustazah, itu yang betul-betul ikhlas mengajar. Atau memang lepas degree terus jadi GSTT dan sambung DPLI sebab minat.
Sekarang ramai yang tak minat nak mengajar tapi paksa diri jadi cikgu, itu yang pressure lebih. Kalau dah niat pun tak ikhlas, nak jadi cikgu sebab nak kerja gomen tapi menyampah kat budak-budak, camane?
Cikgu zaman dulu, rotan kita pun kita tak kisah sebab waktu lain dia mengajar dengan penuh dedikasi. Bukannya setiap kali masuk kelas hanya membebel dan menyumpah seranah, dan kasi homework bila tamat waktu.
4. Cuba hang tanya mana-mana pakar psikologi tentang faedah lempang anak murid ni.
5. Kawan aku mengajar darjah 1. Kena maki dengan seorang budak. Dia takde lah lempang budak tu. Setelah disiasat, memang budak tu bermasalah dari rumah. Bapak dia selalu pukul dia. So budak tu nak perhatian kat sekolah sebab kat rumah tak dapat bermanja. Kau agak kalau kawan aku lempang budak tu dia jadi apa? Terus jadi budak baik? Atau akibat anak kena lempang, ayah dia berubah?
6. Bukankah dalam Islam pun ada guideline tentang pukul anak (dan isteri)? Yang dimulakan dengan syarat-syarat untuk menghalalkan pukul (maknanya tak semestinya kena pukul walaupun terbukti salah), sampailah ke cara-cara untuk pukul. Yang pasti, pukul mestilah dengan tujuan mengajar dan bukan untuk menyakiti.
Kalau lempang, dah confirm tak boleh sebab muka adalah kawasan yang dilarang pukul.
Kalau pukul untuk lepas geram pulak, itu bertujuan menyakiti.
Macam kawan aku yang kena cubit kat perut sampai berlaku pendarahan dalaman. Parents dia tak saman, tapi doktor yang mencadangkan suruh saman cikgu tu. Kalau parents dia ikut cakap doktor, aku yakin warga pendidik (dan keluarga mereka) seluruh Malaysia benci kawan aku (dan keluarga beliau).
7. I agree that mungkin budak-budak sekarang lebih kurang ajar berbanding dulu. Makanya adakah dengan melempang mereka akan mengurangkan jumlah budak-budak kurang ajar? Sila rujuk no4.
Kadang-kadang, cikgu menyampah kat anak VIP tapi tak berani pukul, so lepas geram kat anak orang lain. Kadang-kadang, cikgu menyampah kat certain murid just because. Takde sebab. Aku sendiri pernah kena. Tengah exam kena maki sebab jawab salah. Bukan lepas exam masa dapat kertas, tapi sedang menduduki exam, dalam dewan peperiksaan aku kena maki.
Samalah kes kawan aku kena lempang banyak kali dengan cikgu matematik tadi. Orang lain tak pandai juga, tapi tak kena lempang pun. Tapi sebab cikgu tu benci dia.
8. Kalau parents dia memang kurang ajar dan maki cikgu, kau agak salah budak tu ke kalau dia turns out lebih kurang ajar?
9. Kalau kau seorang cikgu, atau bakal menjadi, ikhlaskan niat kau. Tabahkanlah hati, itu kerjaya yang mencabar. Dan jangan lupa tumpu perhatian dalam kelas psikologi pendidikan.
Kerjaya doktor pun pressure gak. Kalau doktor lempang pesakit yang degil, kau rasa rasional tak?
10. Orang sebaya aku memang cakap senanglah, anak kau tak sekolah lagi. Kalau ada pun, anak kau mungkin tak pernah kena lempang atau dia tak pernah mengadu. Kalau anak kau bersekolah kat tempat kau mengajar, chances are anak kau tak kena lempang lah. Cikgu lain mesti taknak cari pasal dengan colleagues kan? So kau hantar anak kau ke sekolah di mana cikgu-cikgu di situ tak kenal kau.
Semua sibuk suruh rasa pengalaman jadi cikgu dulu baru tau. Aku memang pernah mengajar. Tapi tak pernah rasa jadi mak.
Cuba rasa jadi parents budak tu pulak.
Kau bayangkan anak kau balik sekolah menangis-nangis dengan gusi berdarah sebab kena lempang, tengok kau sentap tak

July 19, 2011
July 15, 2011
Islam: Culture, Marriage dan Knowledge is Power 3
Yang perempuan tak tahu hak sebagai isteri.
Yang rakyat negara demokratik pun tak tahu hak sebagai rakyat.
Lepas tu ikut je telunjuk orang yang berkuasa.
Kesiannyakanpunadoi.
Orang kita,
manjakan anak lelaki.
"Nanti senang kau dah kawen, Jang, ada orang jaga makan minum."
Perempuan diajar buat kerja rumah.
"Nanti dah kawen, ingat jaga makan minum suami kau. Belajar tinggi mana pun, wajib kena masak untuk suami."
Padahal suami dia tak suruh pun. Orang lain yang bising.
Eh rilek ah. Ustaz kursus kahwin aku dulu pun tak suruh bini dia masak. Sebab dia cakap dah kira bajet lagi jimat beli kat kedai sebab makan 2 orang je so kos bahan mentah jadi tinggi.
Bukankah dalam Islam suami yang kena jaga makan pakai isteri?
Dan, sebenarnya isteri yang membantu dalam urusan rumahtangga. Bukan suami yang 'membantu'.
Dah lah bila lelaki nak buat kerja rumah, orang ejek pondan. Mungkin mereka pun tak tahu nabi kita pun buat kerja rumah. Pakaian koyak pun jahit sendiri. Jadi sunnah kut.
Orang kita,
Tak reti beza antara sayang bini dan takut bini.
Kalau dah taknak lepak malam-malam di kedai mamak lepas kahwin, orang kata Queen Control. Padahal dia sayang bini. Berbeza kut jaga hati sebab sayang dengan takut. Salah ke kalau dia rasa tak sampai hati nak tinggalkan isteri dan anak di rumah? Abang aku lepak kat rumah je dengan bini. Kalau QC, dia nak keluar tapi bini dia yang kurung dia dalam rumah dan sorokkan kunci.
Selagi lelaki itu boleh keluar dari rumah dengan rela itu bukan QC namanya.
Bila ayah aku mengalah dengan mak, aku rasa itu sebab ayah kesian pada mak sebab mak dah banyak berkorban. Bukan takut.
So sekarang aku dah tahu. Aku dah faham. Aku dah sedikit boleh beza antara budaya dan agama.
Sebab tu aku cakap orang yang sangat ‘Melayu’ ni sama aja dengan SIS. Atas nama Islam, kau tukar (or more like, undisclose) hukum agama ikut budaya.
Kita selalu dengar, kalau suami mahu ehem ehem, isteri wajib beri.
Isteri kena sentiasa kemas dan wangi untuk suami.
Tapi ada tak kita dengar, kalau isteri mahu, suami wajib beri? Dan suami wajib berusaha untuk penuhkan kehendak batin isteri?
Ada tak kita dengar, hak isteri untuk foreplay sebelum berjimak, bukan dilayan macam binatang atau perempuan murahan?
Ada tak kita dengar, hak isteri untuk terus dilayan sehingga puas selepas berjimak seperti diajar Imam Ghazali?
Ada tak kita dengar, hak isteri untuk tidak disakiti suaminya (walaupun ketika berjimak)?
Maknanya kalau isteri rasa sakit sakit, tak boleh jimak tapi suami kena ‘sediakan’ isteri terlebih dahulu. Kalau ustaz biasanya guna ayat 'pergauli isteri dengan baik' (merujuk kepada ayat Quran).
Ada tak kita dengar, suami juga kena jaga penampilan depan isteri? Isteri juga ada hidung, ada hak untuk bau yang enak dari suami. Isteri juga ada mata, ada hak untuk lihat suami yang tak boroi dan botak.
Hak isteri untuk dibelikan perhiasan dan persolekan? Maknanya kalau isteri nak gelang emas itu tak melampau namanya, sebab itu hak dia.
Ada tak kita dengar, surirumah ada hak untuk mintak gaji dari suami?
Ada tak kita dengar, hak isteri ke atas income suami adalah melebihi 50% walaupun sudah ada anak?
Hak isteri untuk mendapat pembantu rumah jika suami mampu?
Maksud 'isteri ada hak' adalah suami wajib kasi kecuali isteri terang-terang cakap tak nak.
Kalau poligami, setiap seorang isteri harus ditunaikan haknya. Kalau seorang pun belum fulfil, tak payahlah berangan nak tambah lagi.
To be continued...
July 14, 2011
Trash talk by our minister
Dulu waktu aku tulis entri Tujuan, aku ada mention pasal ramai yang tak tahu pasal tuntutan BERSIH tu.
Aku maksudkan orang awam, marhaen, peasant macam kita semua ni la.
Tapi rupa-rupanya menteri informasi kita pun tak cukup informasi. Aku tak kisah orang nak bantah BERSIH kalau kau ada pendirian sendiri berdasarkan maklumat yang kau ada.
Tapi kau tak tau apa-apa cuma tau nak bantah macam yang Mantot tulis ni. Kalau bos suruh sokong, sokong. Ikut je. Orang cakap macam haiwan, marah.
Sit. Roll over. Play dead. Come get your cookies. Wuf wuf.
Menteri apa ni? Sedih dan malu betul dekat kawan-kawan dari negara lain.
Dah la marah-marah wartawan Aljazeera dalam siaran langsung berita, siap trashtalk channel tu.
"Whey can't they protest then if it's a democratic country?"
"We are allowing protest..."
Dah tu kenapa tak kasi permit?
"Why didn't you break up the protesters peacefully?"
"No, we are, we, we disperse it illegal."
Hoh? tak faham.
"Why is this protest illegal?"
"Yes, it illegal."
"Why?"
"This protest is illegal because we have election in Malaysia..."
Pakcik, sebab kita ada election lah BERSIH ni wujud. BERSIH ni bukan nak suruh buat election.
*Facepalm*
Susah-susah sangat pakcik baca lah artikel BERSIH for Dummies ni. Orang ni bebas punya, tak masuk mana-mana pihak. Tapi perkataan 'dummies' tu pun macam terlalu baik untuk menggambarkan menteri macam ni.

Review
July 12, 2011
July 11, 2011
Tujuan
Semalam dan kelmarin aku telah membuat dua perkara yang sudah lama tak buat.
Yang pertama, tonton televisyen. Waktu pagi pulak tu.
Yang kedua, baca suratkhabar. Berita Harian pulak tu.
TV3: Tujuan himpunan BERSIH diadakan adalah untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa Malaysia tidak stabil.
Berita Harian: BERSIH 2.0 gagal capai matlamat iaitu untuk menggulingkan kerajaan.
Patutlah orang takut sangat. Baru aku tahu. Sampaikan ada polis pesan kat sedara aku suruh beli stok makanan banyak-banyak, takut darurat.
I was like, what's so wrong (and scary) with demanding a fair election?
Dah tu kau yang tak kasi permit, kau cakap himpunan haram. Pusat perjudian boleh pulak dapat permit terus jadi pusat perjudian halal.
Orang nak buat kat stadium ikut cakap DYMM Abg Mizan, kau tak kasi lepas tu marah buat kat jalan.
Rupa-rupanya orang tak tahu pun apa itu BERSIH. Aku ingat aku yang tak tengok TV dan tak baca paper ni yang tak tahu banyak benda. Sebab tu aku tak tulis pasal BERSIH sebelum ni.
I was on my way from PD to Johor yesterday and there was still a road block on PLUS (opposite direction), the queue was like miles and miles. Those are the people who were absent, they left KL because they did not want to get involved in the protest, and yesterday they went back to KL because they have to go to work today.
And they thought they had escaped the traffic jam caused by the road blocks.
Don't blame the cops. They are only doing their job. Mereka pun nak sara keluarga. Sekali mereka berdaftar sebagai anggota polis, mereka tak dapat lari. Jangan marah mereka.
Kita semua pun pernah buat keputusan bodoh dalam hidup kita, at least sekali. Heh.
Sigh

Remarks
July 08, 2011
July 07, 2011
Komen off-topic tu dah bodoh dah, tapi kalau tak off-topic pun memang the comment alone is bangang enough
Kudos pada Encik Muaz yang menegur.
Like I said, don't do your laundry in public dan ramai spouse memang tak boleh dipercayai untuk menjaga aib kita
.
Planted in the gardens of
Review
July 04, 2011
Islam: Culture, Marriage dan Knowledge is Power 2
So aku tak simpan dalam kepala sangat apa yang Jaa cakap.
Bila aku di sekolah menengah, aku dah start menyampah sebab sekolah aku memanjakan murid lelaki. Semua kerja perempuan buat. Lelaki jadi ketua. Mengarah.
Aku dah biasa dengan culture macam tu sampai jakun pula bila form 4 budak-budak lelaki kelas aku tolong angkut meja. Like, apahal jakun pulak?
Sebab kalau masa tingkatan 2, budak-budak perempuan angkut meja, yang lelaki boleh tengok je tanpa ada perasaan malu.
Dan aku mula mendengar dakwah-dakwah tentang perlunya isteri taat pada suami. Berjela-jela hujah dan dalil diberikan untuk isteri sabar dan taat dalam rumahtangga, tentang kedudukan suami yang dijunjung, tentang ramainya wanita di neraka kerana tidak menyenangkan hati suami, tentang Tuhan ciptakan lelaki lebih baik dari wanita (trust me yang ini ada dalil).
Environment itu (dan juga pengalaman buruk dengan guru lelaki) membuatkan aku jadi sedikit feminis.
So aku membesar dengan tidak setuju dengan Tuhan. Yes, walaupun waktu tu aku ke sekolah bertudung putih bagai, tapi dalam hati aku tidak setuju dengan Tuhan.
Pada aku yang naïf, Tuhan memang letakkan hukum begitu.
Pada aku yang naïf, Tuhan memang cipta perempuan untuk jadi hamba lelaki. Aku sangka, keluarga aku yang tak ikut agama sangat dan mak aku bukan isteri yang bagus.
Oqeh iklan jap. Ye, aku pun dapat email yang orang forward tentang untungnya menjadi wanita tu..tapi aku rasa tak berkesan di hati pun. Sebab semua yang dalam senarai tu pun hanya menceritakan tentang darjat pahala yang wanita dapat kalau serve lelaki. Dan semua tu tentang akhirat je, takde cerita tentang dunia pun. Seolah-olah kalau nak please God you bukan saja jadi hamba Tuhan tapi hamba lelaki juga.
So menurut email tu yang untung perempuan ke lelaki?
Padahal besar juga balasan lelaki menyenangkan hati perempuan. Yang ini lebih membuat perempuan rasa beruntung. Tapi yang ini jarang dihebahkan.
So aku ada cognitive resonance di situ sebab aku percaya hukum Tuhan mestilah bagus untuk semua orang dan Islam itu sempurna, tapi hati dan aqal aku tak boleh terima ajaran sebegitu. Aku tak boleh tipu diri sendiri lah. Mereka kata, dalam Islam kedudukan wanita tinggi, tapi tak nampak pun. Hidup macam hamba tu mulia apanya?
Bila ditanya, mereka cakap contoh kedudukan tinggi adalah kena tutup aurat. Lepas tu tak kupas sampai orang faham. Ye lah, aku rasa kebebasan yang disekat tu tak mulia pun - apahal pulak itu tanda wanita dimuliakan?
Ia berterusan sehinggalah ke zaman sekarang di mana ulama' kontemporari mula menggunakan kaedah dakwah yang lain. Apa yang aku maksudkan, ulama' sudah berjaya memisahkan agama daripada budaya. Aku mula sedar betapa berbezanya budaya Melayu dan Islam. Betapa silapnya orang yang anggap budaya kita adalah ajaran Islam. Seperti yang dulu aku pernah tulis dalam entri Islam: Justified.
Zaman sekarang ulama' sudah mula mengeluarkan dalil-dalil yang menyuarakan hak wanita dalam Islam. Bukan sahaja Ustazah, malah Ustaz juga. Kalau dulu, golongan Ustazah pun beria-ria ajar anak murid suruh hidup macam hamba demi mencapai syurga. Tidak pula diajar tentang hak-hak wanita untuk bahagia di dunia juga.
Dah tu macamana nak tarik minat wanita bukan Islam kalau begini cara hidupnya?
Aku tahu, di luar sana ramai lagi yang tidak tahu mengasingkan budaya dan agama. Sebab tu ada yang tak boleh terima yang isteri tak wajib buat kerja rumah.
Like, dah tu isteri buat apa je kat rumah? Dan, mana boleh kasi isteri peluang?
Kalau aku nak senggama, kau kena kasi sebab kau isteri. Tapi kau masih kena cuci tandas, masak untuk aku, kemas apa yang aku sepahkan, dan basuh baju aku sebab kau perempuan. Aku lelaki so aku tak payah buat. Muahahaha.
So, basically apa yang Anoneemus nak cakap?
Jaga harta suami, jangan curang, dan taat pada suami. Itu 'sahaja' kewajipan isteri terhadap suami.
Apa kau ingat sentiasa taat pada suami itu senangkah? Kerana dalam hidup ni kita ada tujuan dan hal lain selain taat pada suami seperti keluarga sendiri, kerjaya, hobi, minat, dan apa-apa preferences.
Kalau kau betul takde tujuan lain dalam hidup, tak payah sekolah sampai habis, terus nikah malam ni. Confirm masuk syurga.
Bagi aku taat pada suami itu hanya mudah andai kau memang takde goal dalam hidup kau kecuali untuk serve suami kau.
Apa kau ingat mahu mendatangi suami setiap kali dipanggil itu mudah? Kalau kau jenis numb tak ada emosi mungkin senanglah. Ingatlah, kita ni manusia biasa, bukan mutan.
Kau ingat senangkah nak sentiasa bermanis muka kalau hati tengah marah? Kita bukan sesuci isteri nabi. Isteri nabi pun ada bermasam muka. Kita masih ada PMS, period pain, dan migrain yang tak sembuh dengan pernikahan.
So perempuan, kau fikir baik-baiklah kau boleh taat tak kalau nak kahwin.
Kalau ikut aku, nak je nasihatkan lelaki macam ni; kau tengok perempuan tu dia dengar cakap parents dia tak. Kalau dia tak dengar cakap ayah dia yang besarkan dia, what's the chance nanti bila dah jadi isteri dia akan dengar cakap kau?
Eh tapi Ustaz Azhar kata tengah PMS takpe tak manis muka, sebab hormon dan urat saraf tak betul, tak boleh control.
Tapi sumpah aku tak suka perempuan yang tak ada masalah hormon tapi sibuk nak PMS jugak. Sebab kau lah orang yang ada sakit PMD ke, tiroid ke, meroyan ke, bipolar ke, tak dikasi can.
To be continued....
July 03, 2011
Islam: Culture, Marriage dan Knowledge is Power
[Entri ini mula ditulis beberapa minggu dahulu]
Hari ni kawan lama aku, Jaa, kahwin.
Waktu darjah 3 atau 4, dia pernah mention pada aku yang lelaki patut buat kerja rumah instead of isteri. Aku terkejut. Usia macam tu mana boleh fikir logik lagi. Aku rasa dia merepek.
Hari ni dia dah jadi isteri orang.
Aku dah, tahun lepas.
.Tiga Asterisk.
Kalau kau ingat entry Tukang Kupas dari Noe satu ketika dulu, aku pun banyak kali fikir benda yang sama sejak kecil. Aku yakin ramai orang lain pun berfikiran macam aku.
Lebih-lebih lagi dalam institusi keluarga aku, kami tidak dididik dengan melambakkan segala kerja rumah pada perempuan, dan tidak ada superior antara jantina. Mak memang dengar cakap ayah, tapi bukan sebab takutkan ayah. Ayah cakap elok-elok saja.
Tidak mengarah-ngarah ('Hang ambik pinggan ni pi basuh lepas tu masakkan aku nasi bukhari, aku nak goyang kaki layan Facebook nak komen semua status kawan aku'),
tapi mencadangkan ('Hari ni rasa macam nak makan megi').
Kalau diberi cadangan lain pun tidak pula bermasam muka naik hangen sebab benda kecik ('Tapi bang, saya dah rendam bihun?').
Walaupun lelaki dalam keluarga aku buat kerja rumah, mereka masih mencari nafkah untuk keluarga.
Dan yang perempuan pula tidaklah rasa superior jadi queen control pula. Rasa bangga sebab lelaki dalam keluarga kami adalah lelaki idaman.
Memanglah mak kena taat pada ayah. Tapi ayah aku tak pernah pun nak demand benda pelik-pelik dari mak aku. Nak meninggi suara pun tak pernah. Tumbuk meja lagilah tak pernah.
Kerana perempuan adalah manja dan rebel. Tak boleh dikasari (agresif). Bak kata Ustaz Kazim, nak tackle perempuan kena main lembutkan perasaan, bukan guna kekuatan.
Ayah aku tak demand, tak mengarah, tak tunjuk power. Tak pernah komplen mak aku masak walaupun termasin terpedas termanis. Tak naik hangin kalau mak aku lambat bersiap. Sebab tu mak aku tak pernah nak bantah ayah aku.
Rasa takut dan hormat kami pada ayah itu datang sendiri, bukan kerana ayah aku jenis yang tunjuk dia ketua so kena dengar cakap dia.
Macam kawan aku, aku ajak keluar tapi bf dia ajak dating. Dia cakap tak sampai hati nak turn him down sebab lelaki tu tak banyak kerenah dalam perhubungan mereka. Aku faham.
Kesimpulannya di sini, kalau lelaki tak banyak kerenah, memang perempuan sanggup junjung lelaki tu sampai bila-bila.
To be continued.....
Subscribe to:
Posts (Atom)