August 21, 2011

Dunia Rupalistik: Of course, kecantikan tak berapa nak subjektif sebenarnya

Membaca entri luahan hati Noe tempoh hari, aku mengaku yang aku hampir menangis. Dan aku yakin ada pembaca lain yang memang menangis baca entri tu. Aku rasa sedih macam baca entri Gemuk oleh Fynn Jamal.
Ya, kecantikan itu dah jadi kurang subjektif apabila ia dibentuk media.
Aku harap sangat readers aku baca entri ni pulak dan please be aware of what you say to people. Jujurnya, aku rasa nak kontrol mulut saja tak jadi gak, selagi dalam hati kau memang rupalistik dan fikir macam tu tentang fizikal orang lain. Itu isu kedua.
Isu ketiga, tentang gender. Tak payah nak argue dengan aku, memang perempuan kena diskriminasi berdasarkan paras rupa lebih daripada lelaki. Lelaki boroi tak hensem pun boleh kutuk perempuan tak cantik dan ada hati nak mengurat yang cun sahaja.


.Tiga Asterisk.








Berapa kajian oleh pakar psikologi dan sosiologi telah dijalankan untuk define beauty. Salah satu kajian itu amat detail, melibatkan data seperti ukuran jarak antara mata, jarak antara bibir dan dagu etc. Hasilnya memang membuktikan bergantung pada culture itu, you can quantify beauty.
Isu beauty ini memang telah menjadi isu yang hangat diperkatakan di mana-mana. Aku rasa dalam culture kita ni, orang obsess dengan kulit cerah (specifically, kulit putih) seperti yang pernah dikupas oleh Magenta. Trend ni dimulakan dengan kewujudan produk Fair & Lovely. Aku agaklah tak berkenan dengan trend lupa nak pakai produk pemutih di leher. Atau seluruh badan. Pelik lah muka je cerah tapi leher gelap. Atau tangan gelap. Macam Ziana Zain dalam sembilu. Sekarang Ziana Zain dah cerah. Kau pergi tanya dia tips.Satu lagi, elakkan pakai produk yang kupas kulit dengan ganas itu. Kawan aku cakap, beberapa minggu dia tak keluar rumah sebab segan. Lepas tu kulit jadi merah semacam. Kalau tak pakai sunblock, memang senang kena penyakit sebab dah terdedah. It kinda strip off the natural protective layer. Of course, lepas tu muka kau jadi putih. Tapi produk tu tak boleh pakai di mata dan bibir. Kalau kau tak mekap tebal, memang obvious sangat yang kau sebenarnya telah pakai produk penggelupas sebab warna kulit di sekitar mata, dan bibir masih lagi seperti asal. Biasanyakan warna bibir ikut warna asal kulit. Kantoi di situ. Lama-lama, kulit kau akan kembali ke warna asal juga. Adakah kau akan buat ia menggelupas semula?
Sebab tu aku suka tengok orang kulit hitam manis natural. Cantik. Bagi aku yang penting, warna kulit sekata. Kalau cerah tapi tak sekata tak lawa jugak.
Trend kalau kurus baru lawa ni aku rasa baru juga. Sejak ada slimming centre. Sebab Datin Ziela Jalil masa zaman dia hot dulu tak kurus pun. Siti Nurhaliza pulak zaman dia hot tak debab macam sekarang. Ni semua pengaruh media. Kalau nak jadi artis mesti kulit cerah dan kurus. Tak lawa pun takpe, sebab cerah dan kurus adalah cantik enough bagi masyarakat.

Sedih kut aku tengok budak-budak Korea yang baru akil baligh dan sibuk nak buat plastic surgery. Artis K-Pop yang nak jadi orang putih punya pasal. Oleh itu kita harus cegah budaya M-Pop daripada menular kerana dikhuatiri artis M-Pop yang terpengaruh dengan artis K-Pop ini akan menjadi contoh tak elok kepada remaja kita.



.Tiga Asterisk.

Mulut kita nak mengata orang memang sedap je kan? Kadang-kadang tak berniat nak mengata tapi terbuat juga. Sakitkan hati orang. If you don't have anything nice to say.....
Tapi mungkin lah bagi dia, benda yang dia cakap tu benda nice.

I recently found that bukan orang gempal je yang sensitif, orang yang skinny pun mudah terasa kalau orang cakap kurus. Mungkinlah dia rasa tak seksi kut. So walaupun kita berniat nak kompliment, macam 'Bestnya awak makan banyak pun badan sekeping je' tapi sesetengah orang kecik hati. Sebab dia mungkin tengah berusaha menaikkan berat badan tapi bila orang cakap macam tu dia rasa gagal.

 
So memang susah nak kontrol mulut. Sebab kita tak tahu pendapat kita tentang fizikal ni sedap didengar ke tak. Apakata kalau kita semua tanamkan dalam minda, semua orang adalah sama cantik. Takde kategori kurus ke, ketot ke, gelap ke, boroi ke. Takde yang paling cantik, takde yang paling hodoh. Semua orang sama cantik dari segi fizikal.
So tak perlu nak cakap orang tu tinggi ke, paling cantik tapi kurus sangat ke apa ke...sebab kita tak tahu orang tu suka atau tak.
Puji benda yang bukan anotomi, macam produktiviti di tempat kerja ke, jahitan manik di lengan baju ke, dandanan rambut oleh Chez ke.

Ini bukan untuk orang dewasa sahaja, kanak-kanak dan bayi pun. Kalau kau pergi reunion, dan kau puji anak Ahmad comel, banyak kali pulak tu, tapi kau tak puji pun anak Huda comel, nanti Huda kecik hati dan lepas tu dia serik dah taknak pergi reunion walaupun buat kat Holland dan percuma.
Eh macam tak logik pulak contoh aku ni? Ingat ni program MLM ke?


.Tiga Aterisk

Gender. Aku pernah dengar sendiri seorang lelaki cakap, lelaki gemuk tak apa, perempuan tak boleh. Memang pun. Macam lelaki hisap rokok takpe, perempuan tak boleh. Lelaki clubbing takpe, perempuan buat jadi sundal.
Kamonlah, perempuan pun ada mata dan kami berhak untuk lihat lelaki-lelaki tough dan tak boroi (macam Adi Putra dan Aaron Aziz). Oqeh granted lelaki Singapura memang rajin workout.

Bab rupa dan tubuh badan ni, perempuan je yang kena teruk.
Lelaki gemuk dan kulit gelap pun rilek je. Gigi jongang dan penuh jerawat pun confident je mengurat kawan aku yang cun. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati lelaki juga tak suka dihina.
Dah tu kalau tak suka boleh tak jangan hina orang?

Susah jadi perempuan dalam dunia rupalistik ni. Kening jarang tak cantik, kening lebat sangat pun tak cantik. Dah orang Melayu memang hidung kurang mancung nak buat macamana, tapi kena hina juga. Pinggang ramping tapi muka berjerawat pun masalah. Perut kempis tapi cup A pun kesian juga.
Mana boleh nak jadi perfect. Kau pun tak perfect apa hak kau nak hina orang lain?

Aku sedih sangat baca komen-komen di entri Noe tu. Terutamanya komen perempuan lah.
Itu semua kisah benar.
Macam kes kawan aku Farina yang dihina guru muzik waktu darjah 1. Budak lelaki kelas aku ramai je yang tak hensem tapi tak dikeji pun.

Mungkin korang ingat aku sendiri yang mengada rasa tak cantik. Sebenarnya masa kecik memang aku selalu kena ejek. Walaupun sekarang dah tak kena macam tu, bila aku dengar orang lain kena ejek, aku jadi sensitif juga. Rasa insecure. Macam, eh kawan aku kena macam ni entah-entah belakang aku orang kutuk camni jugak.
Dan budak lelaki sekolah aku bab paras rupa ni sedap aja nak mengata. Kawan aku yang cantik pun kena ejek sebab pendek. 'Muka dah lawa dah, tapi pendek. Ada hati nak mengurat Hanif yang tinggi'.
Yang gempal toksah cerita lah.
Kau bayangkan ada budak-budak lelaki lepak di tengah koridor, aku cakap tumpang lalu, mereka jawab 'Jalan aje lah...macamlah dia tu besar sangat. Lain lah ______ (isi nama kawan aku yang gempal)." Lebih dari sekali aku dengar dialog ni, dengan nama di tempat kosong tu berbeza. Sedap mulut depa je kan?

Kalau kau taknak kena ejek memang kena kurus, tinggi, kulit putih (cerah sahaja tidak mencukupi), bibir merah tak tebal sangat, takde jerawat, gigi sempurna dan muka manis. Oh, dan tiada misai. Aku mengaku aku pun pernah kutuk perempuan ada misai. Tapi itu sebab perangai dia. Bukan semata-mata sebab rupa.

Aku tulis dalam entri Ugly Duckling dulu, yang membantu aku adalah kawan-kawan yang supportive. Kawan-kawan sekarang pun, apa kurangnya, ada saja point mereka cakap nak bantu self-esteem aku.
'kalau buat plastic surgery saya nak hidung macam neem'
'akak baru pergi salun buat rambut macam neem'

Terima kasihlah.
Kadang-kadang, pergi salun & spa pun membantu juga. Sebab sesetengah pekerja salun memang suka memuji customer sebagai marketing strategy.
'Ni rambut asal ke dik? cantik. susah nak dapat rambut macam ni.'
'Adik ni walaupun slim ada punggung, sedap mata memandang. Nak urut pun sedap je tak banyak lemak, tak kurus sangat.'


Tengok kawan-kawan aku yang cantik, jadi cantik pun masalah juga. Nak bercakap dengan boyfriend orang pun kena jeling. Masuk universiti kena anti dengan akak-akak senior. Bila dapat markah tinggi dengan lecturer lelaki, orang cakap tak deserve. Suami orang kejar dia, orang cakap dia yang menggatal. Bila cakap tak pakai mekap, orang tak percaya.
It's funny, really. Mereka yang tak konfiden dengan diri sendiri tak percaya orang lain boleh ke mana-mana tanpa secalit mekap.
Aku lagi suka orang cakap 'Neem pakaila mekap sikit. Nampak pucat lah' daripada 'Eh tipulah ko pergi kelas tak pakai mekap. Selama ni aku tengok ko macam mekap'. Roommate aku gelak je. Depa tau lah aku kalau kelas pukul 8 bangun pukul 7.40 nak mekap apanya. Mandi pun kalau sempat je. Haha.


Kau tengok tak Junior Masterchef? Dulu aku tengok semifinal je, kat YouTube.
Aku agak tersentap membaca komen ni 'amber is just a stupid lil fat cow' dan
'how did Amber the fat pig got to this far, she should have been cooked and served as pork in first episode'.
Budak tu kecik lagi dah kena ejek macam ni. Apa lah jadi pada dia kalau family dia tak supportive.
Aku rasa kalau yang gemuk tu budak lelaki takde kena kutuk teruk macam ni kut.

Memang, budak lelaki pun kena kutuk kalau gemuk. Tapi at least frekuensi kena ejek tu berkurangan bila umur meningkat.
Tapi bagi perempuan, bila dah besar lebih teruk kena. Lagi-lagi kena dengan lelaki.
Lelaki yang dia suka pulak tu.

Kau mungkin ejek orang saja-saja nak menyakat dan menghiburkan hati sendiri.
Tapi kau kena ingat, perasaan orang lain kau tak tahu. Dan kau mungkin punca mereka murung, bulimic, atau suicidal.
Seronok ke kalau buat orang macam tu? Seronok buat self-esteem orang merudum?
Seronok dan puas hati ke baca entri Noe dan Fynn macam tu
?

August 20, 2011

Repost: Biskut Api

Yang menjual mercun, orang dewasa.
Yang menyeludup mercun, orang dewasa.
Yang dapat banyak duit hasil mercun, orang dewasa.
Yang pandu lori angkut mercun, orang dewasa.
Yang loading mercun dalam setor juga, orang dewasa.

Yang cedera, kanak-kanak.

Sungguh tak bertanggungjawab orang-orang dewasa yang mengaut keuntungan dari hasil jualan mercun yang mana pelanggannya rata-rata datang dari golongan kanak-kanak.
Kanak-kanak, belum sempurna akal. Apa yang dia tahu.
Belum mampu fikir jauh. Fikir konsekuensi. Macam aku waktu tahun sembilan puluh empat dulu. Cakap tak fikir. Makan tak fikir. Bertumbuk dengan abang senior tak fikir. Lepas kena marah dengan Abah baru fikir.

Sungguh tak bertanggungjawab orang-orang dewasa yang mengaut keuntungan dari hasil jualan mercun yang tahu dan arif tentang akibat bermain (dan menyimpan) mercun terhadap pelanggannya.

Seperti orang dewasa merokok di ruang yang ada kanak-kanak. Atau ibu mengandung.
Kau nak larang budak-budak main mercun? Kau hisap rokok tu apa bezanya.
Sama juga. Tara beza.

Pendek kata, insan yang cemerlang datang dari akal, hati yang bersih dan jiwa yang tenang
.

August 14, 2011

Nerd moment: Roughnecks never leave a man behind

Membuat karipap sambil menonton Roughnecks: Starship Troopers Chronicles.

Akhirnya aku membuat karipap juga.
Pergh. Sudah lah membuat karipap mini yang setiap satunya dikelim. Layan Starship Troopers animation pulak tu.

Animasi ya, bukan filemnya yang bosan dan tacky itu.

Dulu aku sanggup bangun awal pagi Sabtu untuk tonton cerita ini tanpa mandi. Itulah kelebihan ada TV dalam bilik. Lepas cerita ni habis, sambung tidur dan kena marah dengan mak. Haha.



Ini memang momen nerd gua. Takde siapa boleh lawan betapa nerdnya gua rasa ketika membuat karipap itew.
Silap la lupa pakai spek masa tu. Tambah nerd. Hahah.

Doktor pun cakap aku nerd. Ketika membincangkan tentang aktiviti senaman yang sesuai dengan aku, doktor telah berkata "Saya rasa orang nerd macam kita memang sesuai senaman dalam rumah je." Aku gelak dalam kadar segera.
Ya, doktor. Saya memang nerd.

Oqeh. Keesokan malamnya pula adalah sesi memakan karipap mini sambil mendownload lagu tema Roughnecks untuk dijadikan nada dering.
Tak sangka aku berjaya menghasilkan karipap yang licin kulitnya bagaikan eggshells.


Ada sesiapa di sini juga merupakan peminat Roughnecks? Anda bolehlah melawat laman ini dan sain petisyen agar Sony menyiarkan 3 episod yang hilang dari DVD Roughnecks.
Aku dah lama ada boxset DVD tu, yang dibelikan oleh Encik Phat. Tapi aku tak tahu pun ada 3 episod hilang? Ya, nerd memang sedikit blur. Hoho.


Yang Benar,
Anoneemus Ibanez
.

August 06, 2011

Cara kelim karipap


Oqeh tajuk ala-ala surirumah sejati ni memang agak tak kena dengan tema blog ni.
Walau pada hakikatnya blog ni bukan ada tema pun.


Sebenarnya aku tak pernah buat karipap. Atau sebarang jenis kuih pun secara general. Kalau kau ingat aku nak buat tutorial cara kelim karipap memang tak logik lah kan.

Eh tak aku pernah buat jemput-jemput. Kali pertama masa berkhemah waktu darjah 6.
Eh waktu tu tak aku tak buat pun. Kawan-kawan aku yang buat. Aku tukang hidang dan hias je.

Sekarang aku ada simpan niat nak buat karipap. Asalnya nak buat karipap mini, tapi memandangkan saiz kecil akan menambah kuantiti, aku buat karipap comel je lah. Maknanya saiz tu ikut suka aku.
Bilanya nak buat, belum tahu lagi. Hihi.

Tapi aku bukan pandai kelim pun.
So aku google. Dapatlah video di bawah ni.




Mula-mula tengok video ni macam hangin gak la. Hek eleh kata nak ajar kelim tapi pakai acuan.
Itulah orang kata, jangan cepat sangat judge.

Yang dalam video tu kelim dari atas.
Yang dalam link ni pula cara kelim dari bawah.

Depends lah mana kau suka.


Oqeh.
Aku still rasa awkward aku buat entri macam ni. Ganjilnya.

Bye
.

August 05, 2011

Racist

Biasanya aku memang tak favour benda-benda racist ni.
Biasanya aku lah yang bising marah-marah orang racist.


When it comes to 8TV Ramadhan ads, I don't think there are elements of racism in them.

Lagipun 8TV dah memang dikendali oleh orang Cina.
Lainlah TV9.


Tapi, itulah yang dikatakan perception/persepsi.
Aku nampak lain. Orang lain nampak lain
.

August 03, 2011

Monolog

Lapar.

Nak masak, tak larat.
Chewah, uzur benar ke aku ni. Memang pun.
Senggugut aku tahap kadang-kadang aku terfikir sakit miscarriage macamane ya?


Teringat GCB.
GCB adalah burger McD paling sedap setakat ini. Kalah BigMac dan Prosperity.



Tapi kalau mintak Encik Stateskop belikan, nak ke dia?
Kalau dia pergi drivethru pun, nanti mesti orang cakap dia tak puasa. Lainlah aku ada sekali.

Kalau Encik Stateskop muka Bangla, takpe jugak.
Eh Bangla pun Muslim lah. Tapi Bangla staff abang aku tak posa pun?


Takpelah.
Makan mee Rusky je lah
.