October 31, 2011

Happiness and money

Maka pensyarah aku bertanya, why?

Aku jawab lah menggunakan contoh The Pursuit of Happyness yakni kisah hidup Chris Gardner. Chris hanya gembira bila dapat kerja sebagai stock broker. Kenapa? Sebab ada pendapatan tetap maka beliau boleh berikan yang terbaik untuk anaknya. Lantaklah takde bini pun dia tetap happy. Oh tak aku tak guna ayat tu dalam kelas.

Kemudian timbullah isu definisi dan konsep 'happiness' ini.

Happy boleh bermaksud 'state' ('keadaan') ataupun sifat/personaliti seseorang.
Jika happiness sebagai 'state', contohnya macam...aku tengah happy sebab ada perempuan cantik cakap aku cute.

Jika happiness sebagai sifat....perempuan tu dah lah cantik, happy-go-lucky pulak tu.
So happy lah orang yang dapat couple dengan perempuan tu. Eh? apa tadi?


Bagi aku, wang boleh memberi happiness untuk kedua-dua konsep di atas. Terutamanya happiness as a state lah. Contoh paling senang, ramai orang gembira di hujung bulan kerana baru dapat gaji. Gaji dalam bentuk wang. Maka wang buat mereka gembira. Dan syukur.

Untuk long term juga, wang memberi effect.
Aku kasi contoh diri sendiri lah.
Aku happy membesar dalam rumah yang selesa yang terletak di cul-de-sac.
Itu adalah kerana ayah aku mampu beli rumah itu. Takde kolam renang, takde walk-in-closet. Tapi aku happy. Chris Gardner pernah tidur dalam toilet je sebab takde rumah. Kau ada?

Aku happy dapat pergi ke sekolah, dan kelas agama, dan masuk universiti.
Sebab ayah aku mampu bayar yuran.
Ada je orang tak mampu sekolah. Maka bersyukurlah kita hendaknya.

Aku happy bila dapat contact family and friends.
Sebab (sugar daddy) aku mampu belikan topup dan bayar internet.
Bukan semua orang mampu pakai handphone dna laptop oqeh? Reti bersyukur ke idak ni?

Aku happy dapat pergi reunion, dapat makan di Secret Recipe walaupun jarang, dapat minum Capri-Sonne, dapat potong rambut, dan dapat tengok wayang cerita Real Steel setelah kemurungan akibat thesis.
Sebab aku mampu bayar.
Kalau aku dah lama tak berlibur, kebetulan something happen dan aku murung, period pain lagi, mesti rasa nak rilek-rilek berlibur. Kalau takde duit? Dah lah murung, makan mee segera jenama Jusco pulak tu. Sedih sangat.
Kalau ada duit dapat sedekah kat orang pun kita rasa sangat gembira, kan?

Dalam rumahtangga pun, kalau dah stress duit tak cukup memang cepat je suami tu nak naik suara mahupun naik tangan bila berdepan dengan isteri. The thing about guys is, bila mereka tak mampu provide itu satu benda yang sensitif mungkin sebab rasa tak maskulin dan jatuh egonya. Mungkin suami kerja part time, isteri pulak boring suami sibuk. So kalau suami asyik nak hangen je, bini pun stress makan maggi dan nasi telur mata je memang lah rumahtangga tak bahagia.


Banyak lagilah contoh lain.


Bagi aku lah, orang yang cakap duit tak boleh buat dia happy tu mungkin lah orang yang tersangat kaya sampai hidup rasa kosong. Tapi orang-orang ini mungkin patut melakukan kerja amal dan selalu jumpa fakir miskin. Baru kau tau maksud 'kosong'.
Eh tak. Mungkin segala kemewahan kau patut ditukar hakmilik pada aku. Baru kau tahu betapa untungnya kau selama ni.
Kau tu kalau ada kencing manis pun at least boleh dapat rawatan lagi. Orang takdak duit ni, kena kusta pun takleh buat apa. Aku pernah tengok budak umur 18 tahun menangis dengan mak dia, depan mata aku di IJN sebab tak mampu nak buat operation. Berminggu-minggu duduk di wad kecemasan tapi tak boleh nak operate.

Kalau family kau banyak duit, at least bila sole breadwinner meninggal takdelah sampai kena pindah rumah setinggan, kena jual kereta, kena berhenti belajar. Tambah lah sedih untuk orang miskin kalau lepas ayah meninggal, kehidupan berputar 180 darjah.


Aku pernah merasa tinggal di flat ghetto oqeh. Dengan Che Mun.
Ada orang curi bateri kereta, curi lori, kena belasah pukul 3 pagi, mati kena bakar, mabuk dan mengamuk pukul 2 pagi, menengking siang malam, tiap-tiap hari kucing berak depan pintu rumah, gangguan makhluk mistik etc.
Memang sangat teruk. Sengsara betul tinggal di kawasan begitu. The thing is, sewanya murah. Kalau orang-orang tu ada duit, mereka pun taknak tinggal di situ. Mereka pun nak happy di neighborhood sendiri, tanpa perlu rasa takut dan gelisah sepanjang masa.
Sebab tu lah aku syukur sangat aku mampu pindah. Aku respek orang yang membesar di flat murah tapi masih 'menjadi' sebab kalau aku mungkin aku dah jadi tahapahapa. Korang memang hebat!


Aku cukup bengang bila kawan-kawan aku anak orang kaya, berkira sangat pasal duit dan komplen hidup susah sebab parents tak kasi banyak duit. Oqeh fine, parents kau mungkin tak kasi banyak duit untuk enjoy.
Tapi yuran dan duit makan kau mereka dah cover. Kau kerja part-time untuk pengalaman je.
Orang lain terpaksa bekerja untuk bayar yuran sendiri. Terutama yang bukan warganegara. Duit makan pun cukup-cukup. Kalau sekali berlibur, makan maggi seminggu.

Kau komplen hidup susah pun, parents kasi kereta.
Aku ni usahkan kereta, nak ambil lesen pun kumpul duit bertahun-tahun. Sampai la ni takdak kereta.
Tapi aku happy je. Sebab aku masih mampu nak naik LRT dan teksi bila perlu. Orang lain naik bas Metro lagi kesian kut.

Kau masuk universiti, boleh pilih apa je jurusan yang kau mahu.
Ada orang minat architecture, tapi tak mampu. Ada sorang pakcik ni, dah tua anak dah besar baru masuk uni ambil architecture.
Sebab parents dia takde duit macam parents kau.


Aku tak kata wang adalah segalanya. Tapi mengaku lah, kau juga akan sengsara kalau takde duit.
Kalau kau boleh baca blog ni, confirmlah kau bukan orang asli yang tinggal dalam hutan. Orang asli pun perlu duit, what?


Wang boleh beli kesihatan tak? Boleh.
Sebab makanan yang sihat adalah mahal. Maggi dan nasi putih kicap adalah tak sihat.
Supplement juga adalah mahal (terutama kalau kau terpedaya dengan helah MLM). Ini diakui oleh Dr Muhaya yang mengambil supplement. Beliau juga menekankan bahawa susu pekat adalah sangat tak elok untuk kesihatan. Tapi susu segar adalah mahal.
Persekitaran yang sihat juga adalah mahal. Rumah yang dekat kolam IWK murah kut.
Rawatan di klinik juga adalah mahal jika anda sakit dan mahu cepat pulih.
Kalau tak sihat, tak happy. Sihat, happy.


Wang boleh beli masa tak?
Dalam beberapa senario, boleh sebenarnya.
Contohnya pengalaman aku sebagai budak design, stationary yang menjimatkan masa untuk kau potong kadbod itu lebih mahal daripada pisau.
Kedai printing yang casnya mahal boleh plot kerja untuk lapan orang dalam masa sejam, tapi kedai yang murah print aku punya je pun dah lebih dari sejam.
Alah, contoh senang, tiket bas dengan tiket flight, hospital kerajaan dengan klinik swasta.

Contoh lagi best, kalau kau dah banyak duit tak perlu lah kerja part time (atau mungkin tak perlu kerja langsung, makan duit investment je), maka kau ada lebih banyak masa untuk Tuhan dan keluarga kau.
Bila kau luangkan banyak masa untuk Tuhan dan keluarga, takkan Tuhan tak buat kau happy kan?


Sekarang ni semua orang mengeluh kerajaan tak bayar projek maka kompeni pun takde duit nak bayar gaji.
Kerajaan pun takdak duit. Macamana ni?
Maka bersiap siaga lah kita untuk apa jua kemungkinan. Simpan duit untuk masa depan, untuk anak-anak.
Tapi nak menyimpan lagu mana dah gaji pun tak dapek? Ah tensinya aku!

Bak kata orang Melayu, money is not everything, but...everything pun money lah.

Tuhan, tolonglah golongan-golongan yang tak corrupt ini.
Dan bukalah hati orang-orang yang berhutang dengan kami untuk bayar hutang.

Aku bukan nak mintak jadi billionaire. Aku cuma nak hidup selesa dan tak berhutang.
Amin.


Ya, ini sambungan dari entri ini.
Saja tak nak bagitau awal-awal buat korunk gewam. Hik hik. Comel kan?
.

October 30, 2011

Stop & Stare: Nipple Choco Cup


Why the hell do they put 'nipple' and 'cup' in one label?

'Melting in your mouth with endless aftertaste'?
*Mati selera*

Is it worth it?

I'm still asking myself. Over and over again
.

October 26, 2011

The pursuit of 'happyness'

Suatu masa dahulu, pensyarah aku masuk ke kelas,

dan terus menulis sesuatu di papan putih tanpa berkata apa-apa.

'Can money make us happy?'


Para pelajar membaca dengan lantang seperti budak tadika KEMAS Jalan Syed Alwi.

Pensyarah berkata,
"What do you think?"

Para pelajar berbisik-bisik sesama sendiri.
Biasalah, bukannya nak jawab kepada yang bertanya.


Aku cakap "Hell yeah!"
atau
"Of course it can!"


Aku lupa mana satu.
Yang pasti ia membuatkan sebahagian besar rakan sekelas menoleh pada aku dan giggle
.

October 23, 2011

Biskut Munchy's & halal: It's Secret Recipe all over again

Remember the post about Secret Recipe? About the DNA babi?

Sekarang biskut Munchy's pula. Aku harap orang yang memulakan sms palsu itu bukan orang Islam (albeit most likely). Kerana sudah terang lagi ternyata yang menyebarkan (forward) pada orang lain itu adalah orang Islam.
You know, 'sebarkan kalau anda sayang Islam'.



Dari aku kecik sampai la ni ada lagi desas-desus pasal kedai-kedai yang branding dalam Bahasa Inggeris ni tak halal.
Aku cakap macam tu sebab yang biasa kena adalah chained restaurant dan franchaise je.

Mana ada orang kecoh-kecoh kedai Tomyam 2000 atau Ali Maju atau Shahjahan Majoo atau Mak Minah Cafe tak halal, walaupun restoran mereka hagham tak pernah langsung nak apply sijil halal.
Kalau nama kedai tu dalam bahasa orang putih memang selalu kenalah.

Kalau nama kedai tu berbunyi seperti bahasa arab seperti Tarbush, Wadi Hadramaut, Ar-rausya dan Naeb tidak pula orang persoalkan. Tapi kedai-kedai arab ini ada sijil halal kah?


Satu lagi perangai, jenis yang tak update.
Kalau 4 tahun lepas kedai tu tak halal, sampai sekarang duk halang orang jangan makan produk tu walhal dah lama disahkan halal.

Selain menyebarkan fitnah, kamu jangan lupa yang kamu menghalang rezeki orang Islam yang bekerja di premis atau kilang produk itu.
Atas dunia ni bukan kau sorang yang kisah halal-haram. Pekerja-pekerja muslim Secret Recipe, McDonald's dan Munchy's juga kisah halal-haram ni. Diorang pun taknak jual makanan haram.

Dan kau mungkin pandang lekeh pada aku sebab cara berpakaian aku. Muzik yang aku dengar. Bahasa yang aku guna.
Kau mungkin ingat orang macam aku dan kawan-kawan dan keluarga aku jenis tak kisah makan yang tak halal. Keluarga kau je lah yang jaga pemakanan ni.



Starbucks? Ye, Starbucks juga disahkan halal. Sijil halal mereka belum tamat.
Boleh check sendiri.
Kalau kau tak berkenan harga kopi Starbucks mahal, dah, kau boleh didik anak-anak dan adik-adik kau supaya jangan membazir. Tapi kau takde hak untuk memfitnah syarikat yang merupakan sumber rezeki saudara seagama kau.
Aku pun tak minum Starbucks sejak beberapa tahun ni disebabkan harganya, tapi aku takdelah nak jatuhkan hukum haram terus.


Macam ni lah, kau tak yakin tak payah lah makan, dan tak payah lah nak sebarkan benda yang tak sahih. Tapi yang menyebabkan kau tak yakin adalah sebab kau sendiri tak nak check dengan JAKIM. Patutnya kan nabi dah ajar kita, bila dengar berita, selidik dulu. Kalau tak yakin jangan sebarkan.

Kesiannya kita ni, duduk negara sendiri pun susah nak cari makanan halal ye.
Balik-balik makan nasi putih berlauk ikan cicah sambal belacan. Eh macam sedap lah pulak.
Sebab nak makan western semua tak halal ye?

Kalau pergi luar negara macamana? Telan liur je lah.


The thing is, kalau kau makan di kedai tomyam, atau mamak, atau kedai klate mereka pun tiada sijil halal. Cumanya at least yang memasak tu muslim. Solat ke tidak itu kita mana tau. Apa yang aku nak cakap kat sini, although tukang masak dan pemiliknya muslim, yang menjadi masalahnya ramai antara mereka yang mengamalkan ilmu pelaris.

Maksud aku, ilmu pelaris yang tak selari dengan agama.
Ini aku biasa dengar dari orang-orang yang ada kelebihan hijab terbuka, boleh nampak benda-benda tu lah. Mereka kata, memang banyak warung, restoran dan katerer guna ilmu pelaris. Bukannya tokey Starbucks dan Secret Recipe yang main bomoh ni.

Effectnya kalau termakan benda pelaris ni mungkin kita tak nampak tapi macam makan benda tak halal lah.
Mungkin effect dari segi kesihatan, kecerdasan, atau akhlak, atau produktiviti.

Tapi takpe, ada beberapa doa yang boleh diamalkan ketika makan di luar untuk tidak terkena pelaris ini.
Contohnya doa ini.

Aku sudah beberapa kali juga berpengalaman makan di kedai yang disyorkan orang kununnya sangat sedap. Bila aku cuba, satu apa pun tak sedap. Entahkan ilmu pelaris, entahkan taste aku memang tak sama dengan orang lain.


Memanglah, kalau diberi pilihan kita akan memilih kedai milik orang seagama. Tapi bila difikirkan balik, kedai mereka yang tak banyak ada sijil halal.
Sekali-sekala nak juga makan di kedai lain, yang mungkin pemiliknya bukan muslim. Tapi at least, restoran berantai ni kemungkinan pakai pelaris tu rendahlah nak dibandingkan dengan warung-warung.


So berdasarkan info yang ada, pandai-pandailah pertimbangkan.
Dulu orang marah aku 'sibuk backup Secret Recipe', la ni nak marah aku 'backup Starbucks' pulak.

Aku takde untung apa pun. Buat apa aku nak backup premis-premis tu?
Aku cuma nak backup kebenaran. Bila kau dah tuduh kedai tu tak halal, kau dah tuduh aku makan benda haram.
Sia-sia buat website halal JAKIM tu kalau rakyat Malaysia still nak percaya pada rumours. Dah percaya, sebarkan pulak tu.


Habis islamik lah sebarkan benda tak sahih tu?
.



October 22, 2011

Bangsa, riba dan berniaga dengan jujur



Dear Hamdanawal,

Cuba hang habaq mai kat kami,

Kalau berniaga dengan bangsa hang ni, yakni Melayu, adakah kita akan selamat dari kena tipu?
Adakah yakin kita tak payah takut kena tipu kalau berniaga dengan orang Melayu?

Adakah orang Melayu takut untuk amalkan riba?
Adakah orang Melayu tak makan komisen juta-juta tanpa effort?

Adakah dalam Malaysia ni cuma 'bangsa lain' yang 'never compete fairly in term of business'?
Apa Melayu ni berniaga jujur sangat ka?
Adakah Melayu ni tak guna politik untuk berniaga?
Kalau kau nak berniaga dengan orang Melayu sekalipun, kalau bukan kroni tak ke mana juga.
Dan bila fikir balik, sebab hak istimewalah adanya kronisme. Dan sebenarnya kroni ni tak semestinya sama bangsa dengan kau pun. Janji pandai bodek.

Jadi terjaminkah kau dari teraniaya kalau bersaing hanya sesama bangsa?

Jangan lupa, bab berbomoh-bomoh samada untuk pelaris atau untuk menjatuhkan orang lain,
bangsa kamu sendiri juga yang amalkan.


Tak kira lah bangsa apa pun.
Kalau dah bab duit, semua fikir tamak je.
Memanglah kononnya orang Melayu ni ada agama, tapi time nak untung tu ada ingat Tuhan ka?

Kau jangan ingat orang Melayu ni semua berniaga jujur.



Kasihan kalau kau ingat berniaga atau bersaing sesama Melayu ni kau boleh selamat
.

October 18, 2011

Newborns

Baby S, 6 hour old

Baby M, 6 days old

Baby A, 27 days old


It's funny how my maternal instinct hasn't kicked in.

If I have one lah
.

October 13, 2011

Mestilah salah bini/awek bersekedudukan dia

Ya, kalau lelaki tu liwat anak berusia 23 hari sebab pasangannya yang dalam pantang tak larat nak layan dia,
mestilah salah perempuan tu kan?

Tak kiralah dia beranak normal ke, c-sect belum kering ke...memang salah perempuan tu.

Tak kiralah dia tak cukup tidur, tak cukup zat ke, peduli apa.

Sakit badan, sakit pinggang, sesak nafas, itu semua alasan taknak layan suami.

'Kita' kan Melayu. Melayu kan memang sangat adil lagi saksama.
Semua benda ni patutnya kita dah tau.


Memang patutnya perempuan tu walaupun tengah sakit nak beranak kalau suami dia nak, kena kasi juga kat dalam labour room tu.
So apalah sangat setakat sakit lepas 23 hari beranak tu kan. Takde apa der.

Setakat berkain batik jalan kengkang-kengkang, pakai stokin 24jam tu semua lakonan supaya nampak macam sakit. Sebenarnya beranak ni takde apa der, sakit sekejap je der.
Setakat kena jahit kat vahjayjay takde apa der.
Setakat berjaga malam jaga bayi pun tak penat langsung der.
Badan pun takde masuk-masuk angin. Sengal-sengal lenguh semua takde.
Semua orait je, der.

Nafsu suami tu yang sakit, yang penting
Penting tu.

Sakit penat isteri tak penting bai.
Jangan lupa, 'kita' ni Melayu. Adat kita ajar kena turutkan saja kehendak suami tak kira keadaan.
Isteri tak boleh bantah, tak boleh bawa bincang, jangan banyak soal. Pedulikan pesan nabi 'pergauli isteri kamu dengan baik'. Itu untuk nabi je, kita insan biasa.

Sila ambil pengajaran supaya melayan suami masing-masing ya walaupun anda sedang berpantang di rumah ibu anda. Hatta anak sedang menangis kelaparan pun sila abaikan kerana nafsu suami lebih penting daripada anak.



Ya, kalau lelaki tu liwat anak berusia 23 hari sebab pasangannya yang dalam pantang tak larat nak layan dia,
mestilah salah perempuan tu kan?

***

Simplenya pemikiran. Totally one-way tunnel kind of thinking.
Kesian pulak aku dengan bini diorang ni.

Orang lain sexist ada hujah. Setakat hujah nak menangkan nafsu, tanpa guna akal yang patutnya 9 bahagian daripada 10 tu, baik tak payah.

Kalau pemikiran macam ni, takyah kahwin lah. Menyusahkan masyarakat je.


Lelaki-lelaki gentlemen seluruh dunia ni malu dengan korang dan nak suruh korang potong anu tau tak?
.

October 12, 2011

PAM Students Work Exhibition





***

Yes I know you bloggers were there, too.



Oh, this one almost forgot to upload. Very the berani oqeh lukis terus atas board.
Workmanship kemas takpa la
.

October 06, 2011

October 03, 2011

Pengaruh media terhadap doa harian

Oleh kerana aku mula membaca pada usia 3 tahun lebih, makanya bahan bacaan aku pada zaman kanak-kanak agak tak sesuai dengan usia.
Sebab aku dah bosan baca buku kanak-kanak. Maka aku baca buku orang dewasa.

Boring tengok kartun, aku tengok drama. Tengok movie.
Sebab tu lah kalau cakap pasal rancangan TV, orang ingat aku dah 30 tahun lebih tengok dunia ni.


Satu tema dalam media yang -tak lapuk dek zaman tak lekang dek hujan- sejak zaman P.Ramlee sampai zaman Adi Putra, adalah kecurangan.
Oqeh secara general, temanya adalah cintan cintun, tapi kita spesifikkan pada kecurangan.

Dalam novel pun, tak habis-habis itulah isunya.

Tapi bila fikir balik, bukan media je.
Kawan-kawan sekolah aku pun banyak yang jadi mangsa kecurangan ayah terhadap ibu masing-masing.
Aku tengok kawan aku murung pun aku dah hiba sangat.


Aku sebagai seorang yang melankolik dan neurosis, haruslah terkesan dengan semua benda itu.
Hinggakan kecurangan menjadi satu sentimen bagi aku. Benda yang aku sensitif lebih.
Benda yang aku pantang.

Sus barbatus ah aku tengok Mr Cinderella 2 pun boleh ternangis.
Dan aku rasa tak senang nak tonton Scarlet Johansson akibat He's Just Not That Into You dan video clip What Goes Around Comes Around oleh Justin Timberlake.


Makanya, sejak zaman sekolah aku rajin berdoa untuk dijauhi dari kecurangan.
Tiap-tiap hari aku doa benda ni. Aku minta dijauhkan dari jatuh cinta dengan lelaki yang bakal buat aku merana.
Ye lah, zaman sekolah kan rajin solat sebab banyak exam. Biasalah time susah baru cari Tuhan.

I prayed hard. Untuk tak dicurangi sesiapa pun.
Sebab aku tau aku tak sekuat mana pun untuk hadapi perkara tu.
Aku prefer kalau tak suka, cakap tak suka then kita putus. Lepas tu kau cari lah perempuan lain. I'd be happy for you I swear.
Aku bukan ex-girlfriend yang suka cari pasal dan dumbass lagi beeyatch.

Sorilah ayat kasar aku pernah disakiti 2 orang ex girlfriend.
Dua kali cukuplah. Harap-harap suami aku takde ex yang aku tak tahu. Mana lah tau kan tetiba datang yang ketiga pulak dalam koleksi aku.


Aku tanya korang lah kan, adakah orang lain juga berdoa doa yang sama sejak di bangku sekolah?
Tiap-tiap hari selama berbelas tahun? Very unlikely.

Tapi apa yang terjadi adalah aku akhirnya dicurangi juga.
Aku agak terperanjat. Terpana terbata.
Tak sangka Tuhan pilih juga aku untuk merasai sakitnya itu. Tuhan letak juga perasaan sayang dalam hati aku pada orang yang tak mampu untuk setia. You know, macam lagu ni.





Walaupun benda ni dah lama dan aku dah maafkan semua orang yang terlibat (asalkan dah tak kacau aku lagi), tapi aku takkan lupa betapa sakitnya waktu tu. Kau tak pernah kena memang tak tahu.

Agak ironi. Tuhan kasi jugak aku rasa walaupun aku dah minta pelepasan sejak kecil.
Memang ada hikmahnya (aku pun tak tau apa).
Tapi aku jadi makin sensitif pula. Bukannya makin tough pun.
Ye lah, kan aku dah tau itu memang kelemahan aku. Itu weak point aku. Itu benda yang menghancurkan aku. Itu neraka dunia aku. Sebab tu aku minta jauh.


Mungkin Tuhan mahu ajar aku untuk lebih berhati-hati.
Entah lah. Aku tak pernah mau bertanya kenapa. It doesn't matter.
All I know is that it hurts like hell.

Tapi aku tak give up dengan Tuhan. Dan aku tak serik berdoa. Takkan aku dah takut nak berdoa kan?
Maka sekarang ini aku doa supaya benda tu tak berulang lagi dalam hidup. Hidup aku, dan kawan-kawan aku. At least aku baru sekali. Kawan aku kena 5 kali apa cer?

Masa wedding dia aku cakap "I'm glad it's all over, sekarang kita starts fresh." Lepas 5 bulan dia telefon aku menangis-nangis, dia cakap "I kena lagi. Kena lagi." Kali ni lebih teruk dari dulu dia kena tipu.
Dia cakap dah kemas beg, malam tu nak tidur dengan aku di kolej. Aku cakap aku bukan tak nak, tapi aku cuma boleh cakap ya kalau suami dia izinkan.
So malam tu dia masih tidur dengan suami dia.


Sekarang aku dah kahwin, bila aku ingat kisah dia, aku buntu. Kalaulah aku berada di tempatnya?
Mampukah aku tidur sekatil dengan orang yang membohongi aku? Mampukah aku bertentang mata dengan orang yang janji nak jaga aku sampai mati tapi janji yang sama dengan perempuan lain?

Aku rasa aku jenis Lynette Scavo kut.
"Tom, if you ever cheat on me, I'm going to walk out of that door, bring the kids with me and you'll never see them ever again."
Bila Lynette cakap macam tu, aku fikir, mungkinkah ini bermaksud Tom akan curang dalam musim-musim berikutnya?



Kau pernah?
Benda yang paling kau takuti, yang itu yang kau dapat?
.

October 02, 2011

Apa kata Anoneemus pula

So lately aku pun banyak la dengar ceramah percuma tentang kelebihan beranak masa muda ni. Walaupun pada hakikatnya orang yang berceramah tu tak faham betapa sukarnya aku untuk meneruskan pelajaran tanpa mengambil cuti selepas berkahwin.
Of course lah kalau dia tak pernah masuk universiti dia tak faham.

Aku bukan nak pandang rendah pada orang yang tak ada pendidikan tertiary, aku cuma nak cakap mereka tak faham apa yang kita lalui. Aku pulak tak faham apa yang mereka lalui ketika mula bekerjaya pada usia semuda 18 tahun. Yes, mereka mula bekerja dengan gaji kecil, tapi mereka tak punya hutang pinjaman pelajaran seperti PTPTN atau MARA.

The thing is, aku pun percaya pada rezeki. Tapi aku tak percaya benda tu datang bergolek. Kalau aku tak usaha takkan jatuh dari langit je. Aku bukan heiress. Bapak aku bukan ada banyak harta pun.
Kalau aku ada anak dan dapat tawaran kerja atau projek berjuta-juta, aku tetap kena tolak sebab nak tumpu pada studi. Adakah tanpa bekerja aku boleh expect ada duit masuk dalam akaun tiap-tiap bulan? Bayi itu anak aku, aku yang kena usaha, bukannya nak harapkan orang lain yang kasi duit.
Studi aku bukan boleh menjana kewangan pun. Buang duit adalah. Yuran pun dah 2 semester tak bayar.


Tapi orang yang tak pernah masuk universiti mungkin tak faham yang kau takkan senang-senang nak berhenti belajar macam tu je pada tahun akhir just sebab kau beranak atau dapat peluang bisnes.

Aku taknak jadi macam student lain yang beranak lepas tu postpone tahun akhir dan kemudian dah hilang momentum akhirnya berhenti terus ataupun diberhentikan sebab tak commit. Itu bergantung pada kapasiti masing-masing.

Kau boleh nasihat orang, tapi kau jangan judge orang.

Ada juga yang dah mula memberi nasihat-nasihat kesuburan, dan itu menggambarkan orang mula menyangkakan aku dah Encik Stateskop ada masalah kesuburan. Aku tahan gelak aje lah. Tak offended pun.
Tapi ye lah, orang tak tanya dulu kami apa rancangan kami tapi tanpa memberi salam terus memberi rundingan.

Contohnya perbualan berlaku seperti berikut;
(Encik Stateskop tiada di tempat kejadian untuk meneutralizekan reaksi aku)

"Pasal anak ni, tak payah nak rancang-rancanglah. Rezeki tu Tuhan dah tetapkan. Setiap anak yang lahir tu, ada rezeki dia Tuhan dah sedia. Bab makan dia, mesti dah cukup punya," ujar lelaki itu sambil menyedut rokok yang sebentar tadi dikeluarkan dari kotak bergambar kanser mulut.
Mungkinkah wang yang digunakan untuk membeli rokok juga merupakan rezeki anak?

Aku angguk je lah. Tak elok membantah orang lebih tua bercakap.

Lelaki itu sambung lagi.
"Tapi itu kat Malaysia lah, jangan bawak anak pergi Somalia pulak."

Eh? Aku keliru. Takkanlah Tuhan tak sediakan rezeki untuk anak orang Somalia? Habis orang Somalia bolehlah merancang kehamilan kalau gitu?
Oqeh dah, dah. Itu soalan retorik lagi sarskastik, tak perlu jawab.


"Sekarang umur berapa?" Beliau tanya aku.
Aku jawab jujur ikut tarikh lahir.
Beliau mencongak-congak berapa tahun 'je' yang aku ada untuk membiak.

"Perempuan ni, bila dah umur 40 dah tak elok beranak."

Aku angguk. Usahkan 40, 36 tahun pun aku dah taknak beranak.
Tak cool ah nanti anak aku sekolah lagi mak dia dah tak hot. Tapi aku tetap jadi MILF lah kan.


Sekarang giliran aku pulak nak interrogate. Lupa pulak nak buat gaya (the hot new) Horatio.
"Abang ada anak yang dah masuk kolej kan?"

Beliau angguk.

"Abang bayar yuran kolej dia ke? Ada BUAT PINJAMAN?"

Mula-mula beliau angguk. Lepas tu hesitate.
"Ada buat loan. Anak yang buat pinjaman, bukan abang."

Memanglah. PTPTN aku pun guna nama aku, mana ada guna nama parents.

Aku angguk je lah.
Tak perlu kata apa-apa.


Harap-harap malam tu jugak beliau dah fahamlah maksud tersirat aku tu
.