January 18, 2012

Bohong tanpa niat

Yang sebenarnya.
Bohong lah lelaki itu jika dia mengatakan dia suka pada wanita yang tahu apa yang dimahukan.

'A woman who knows what she wants'.


Don't get me wrong, lelaki itu mungkin, diulang- munggin tidak berniat membohongi.
Dia sangka dia suka wanita seperti itu.

Seksi, mungkin.
Intriguing.
Tampak yakin.

Ye lah, kerana low self-esteem adalah agak off-putting buat lelaki.


Hakikatnya, setelah lama bersama (lama itu subjektif - lebih 6 bulan sudah dikira lama agaknya zaman sekarang ni), lelaki tak mahu perempuan yang tahu apa dia mahu.
Lebih-lebih lagi setelah berkahwin dan tinggal serumah. Suami isteri duduk berasingan mungkin lain cerita.

Ya, perempuan yang tahu apa yang dimahukan dilihat appealing jika dia adalah teman wanita. Atau lebih baik, perempuan yang belum dimiliki.

Tapi setelah dimiliki,
lelaki bukan mahu 'a woman who knows what she wants', tapi mereka mahu 'a woman who wants what he wants'.

Or better yet, 'a woman who wants to give what he wants'.

Oh kamonlah, buat lelaki Asia terutamanya apa yang diperlukan dari seorang isteri adalah sifat submissive dan 'a woman who knows what she wants' sangatlah tidak submissive.


Susah kot, kalau perempuan tu ada goal sendiri.
Nak kerja apa, kerja di mana, tinggal di mana, anak berapa, beranak umur berapa.

The thing is, kalau perempuan itu sudah biasa independent, memanglah akan ada goal sendiri.
Lainlah kau kahwini seorang budak perempuan berumur 18 tahun yang tak lulus SPM.
Yang itu pun, mungkin ada goal sendiri (seperti mau jadi tukang jahit) tapi tak sedetermine dan adamant lulusan universiti.
Ok well kalau dia tak educated pun kalau adamant nak jadi usahawan (seperti jutawan kosmetik) apa kau boleh buat?


Maaf lah aku reveal berita buruk.

Ini cuma teori aku. Manusia ada macam-macam jenis.
Aku tak kata semua lelaki macam itu. Ada juga yang fleksibel.

But then again, ini apa yang aku nampak, kisah di sekeliling aku.
Lelaki mau perempuan cerdik, tapi bila perempuan itu berkeras mau apa yang dia mau (atau tak mau apa yang dia tak mau), tiada gunanya.


Apa kata kau?
Salahkan kerajaan kerana bangunkan negara dan benarkan perempuan dapat education?


Maaf, sekali lagi kalau entri ini mengganggu ketenteraman awam
.




6 suicidal thought(s):

amirnazrin said...

:)

weed something out said...

tak kacau aih. haha

perempuan cantik = sapa tak suka
perempuan educated = satgi kata dikongkong (lama-lama) lah.
perempuan biasa-biasa = satgi kata tak adventurous
perempuan biasa-biasa yang di mata depa nampak sopan(atau lemah) nanti lama-lama kata bosan pula..

:D

Xeem Noor said...

*tepuk tangan*

Syafinaz said...

Setuju tapi tidak point pd "org rumah aku" tp pd org sekeliling aku.Hehehe!

Zoul said...

sebagai seorang lelaki asia,

hanya mampu mengangguk angguk.

munggil said...

I suka munggin.. so cute

munggin mongel

munggin bukan salah lelaki
munggin yg salah pompuan kerana nafsu besar

munggin pompuan nak kahwin sebab kawan2 dia dah kahwin tak nak tertinggal

kamonla.. kahwin tu nothing tapi a public declaration of a private intention..

sebab tu Brad Pitt dan A Jolie tak kahwin tapi mereka hv seks luar nikah.

sebab tu marrej tu bukan yg diharapkan oleh pompuan yg ada duit..

munggin itu jawapnya.. bukan education tapi pilihan depan mate..

ramainya lelaki hensem.. di dunia ni.. baru tahu dunia..munggin