Sempena ulangtahun kelahiran, saya nak
1. Nokia E7 supaya Encik Stateskop tidak lagi mengalami masalah bateri kong dan tiada GPS.
COKIA zaman batu aku yang takde kamera tu pun sihat walafiat sebenarnya. Ya, tuan empunya besday adalah aku, tapi Nokia tu untuk beliau. Aku nak E6 je tapi dah stop producing pun.
Aku setia dengan Nokia dan tidak berminat dengan BB mahupun telefon I. Kata kawan aku, 'life was much simpler when apple and blackberry were just fruits'.
2. PSP baru. yang boleh slide tu.
Eh ye ke baru? ke dah lama? I kan tak update.
3. Nak upah orang buat write up thesis.
4. Karaoke free tapi bukan untuk saya sorang.
Macam sedikit pathetic pergi karaoke sorang-sorang. RedBox ni saja je buat I turn off. Ke sama je dengan tengok wayang kat KLCC dan makan kat Pizza Hut sorang-sorang?
5. Nak ankle boots baru tapi tak survey lagi.
6. Nak beli furniture rumah. Dan nak marah Unifi sebab tak pantau kontraktor.
7. Nak buku Anansi Boys.
Atau buku lanskap yang harga RM600 tu.
8. Nak ada saving RM10k.
9. Nak paksa Encik Stateskop beli baju baru.
Ya, baju beliau bukan baju saya.
10. Nak makan kat Big Brother/William's/ArRausya.
Aku tau orang lain tak heran tempat ni tapi aku kan penganggur berijazah, kena lah heran.
Ye aku tau aku materialistik. Eh tak, duitlistik.
Tapi list kali ni kurang selfish
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
March 04, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 suicidal thought(s):
aku geli kot makan kat william..pergi murni sajelah anon..err..best la anon, ko dah kawen..pedulikan taraf penganggur ko tu
nk upah tulis thesis? saya blehhhh... :P
pun nak yang nombor 2 tu
Selalu terpandang novel Neil Gaiman tu, tapi tak terpancing pun nak beli. Ideal tu harga dia. Apa best sangat eh beliau? Ewah.
Takde pun saya dalam list ni? Tapi dapat juga selaku hadiah kan? :3
Asma : Murni tak konsisten sedap. Lagipun, Williams dah pindah ke kedai elok bagai, nak geli apa? William pun handsome handsome hipster macam Morissey Malaysia. :P
Suhadi : Neil Gaiman wrote The Sandman series. Kalau minat graphic novels yang selain Batman, Spider-man, Superman, mungkin akan tahu. Dia best sebab dia "storyteller", not just a "writer".
Sorry comment panjang "know-it-all". I can't resist defending my favourite things. :P
Haha...Xeem, you are my year round gift already. plus kan u already gave me cash for my besday. Takyah mintak dah dapat.
Jom birthday dinner kat William's Danau Kota pulak.
Yeay MPH ada sale!
Suhadi tu bapak saya. Haha. Okay. Try baca dia lepas ni. Ewah.
Post a Comment