February 28, 2012

Wah wah berkesannya

Sangat berkesan sekali 'dakwah' aurat dengan menyebarkan gambar aurat tersebut dengan lebih meluas.

Mungkin, definisi dan tujuan dakwah bagi mereka adalah menambahkan dosa orang tersebut instead of menyelamatkan
.

February 25, 2012

Quote for 20120226

"Money can buy happiness. What it can't buy is barakah" (Anoneemus, 2012)
.

February 21, 2012

[Perempuan pun ada nafsu] Kalau nafsu didahulukan, kepuasan diutamakan

Sedikit sebanyak ada kaitan dengan entri Salah Isteri.
Kau rasa setiap kali mak kau bersalin dan balik kampung, ada bapak kau pergi rumah urut?
Kalau adik beradik kau ramai, berapa kali ayah kau curang?


Hari ni aku membebel pasal nafsu.
Bila cakap pasal nafsu, semua orang fikir tentang nafsu seks.
Dan biasanya tertumpu pada nafsu seks lelaki.

Kerana jika berlaku tragedi melibatkan nafsu seks seorang lelaki, ia adalah salah perempuan.
Aku sendiri, diajar begitu. Semua salah aku. Lelaki pandang aku, salah aku. Lelaki raba dalam LRT, salah aku. Lelaki hantar sms lucah, salah aku.

Seorang kawan aku (perempuan) siap cakap, tak boleh salahkan lelaki kalau tak boleh kawal nafsu.
And of course, bukan dia seorang yang berpendapat begitu. Masyarakat semua pun bersetuju.

Maknanya mereka ini menangkan nafsu seks lelaki. Ada aqal 9 bahagian pun tara guna juga. Menangkan nafsu itu lebih utama.


Adakah mereka semua lupa yang perempuan juga ada nafsu?
Dan adakah mereka lupa yang perempuan ada 9 bahagian nafsu dan 1 bahagian aqal?
Maka siapakah yang lebih sukar melawan nafsu?

Contohnya aku tak hairan ramai kaldai dadah adalah wanita kerana mereka kalah dengan nafsu nak cepat kaya.
Ya, itu juga adalah salah satu nafsu yang mana perempuan terpaksa berusaha keras untuk lawan. Mari kita lihat satu-persatu.

Jenis-jenis nafsu dan bayangkan apa jadi kalau perempuan pun nak menangkan nafsu.


1. Nafsu makan
Kalau menangkan nafsu: Perempuan nak makan makanan yang best-best je tanpa perlu memasak. Dan nak makan benda berlainan setiap kali. Tak mainlah makan lauk lunch semasa dinner. Dan makanan di warung apa kelas, kalau boleh dalam seminggu nak makan semua menu Pizza San Francisco, minggu depan Sakura Kristal, minggu satu lagi Big Brother, minggu satu lagi William's.
Oh tak, kalau William's kena makan setiap minggu.
Lepas tu cari mana lagi tempat makan best yang belum try. Harga tolak tepi. Halal haram tolak tepi sebab yang penting nafsu.
Peduli apa poket kering suami, yang penting isteri nak makan sedap. Kena menangkan nafsu makan kami!

Tapi kami tak buat sebab: Ada aqal dan sayang suami.


2. Nafsu membeli-belah
Kalau menangkan nafsu: Daripada Nose hingga ke Timberland, kami mahu beli sepasang kasut setiap 4 hari. Tak kisahlah berapa puluh pasang yang masih di dalam kotak dalam paper bag Tangs itu masih belum disentuh.
Tas tangan berharga puluhan ribu juga wajib dibeli setiap bulan. Kalau boleh mahu buang beg itu setiap kali selepas ia dibawa ke satu majlis. Mana boleh orang tengok kita pakai handbag sama je. Tengok kawan I anak Dato' Z tu setiap kali I hangout dengan dia, pakai kasut dan beg berlainan. I pun nak macam tu.
Sofa kat rumah dah 3 bulan dah kita guna, dah naik cemuih menengoknya. Setiap minggu kena beli perabot baru di IKEA dan jika tak ada ruang, perabot berusia lebih 3 bulan harus dihantar ke Junk King.
Sudah lama tak borong buku di Kinokuniya. Memang kami tak baca pun, tapi yang penting nak beli jugak buku hardback harga ratus-ratus tu.
Again, what wife wants, wife (should) gets. Suami kena jugak belikan apa jua yang isteri mahu barulah jadi suami sejati. Ustaz Azhar kata tak boleh marah isteri boros. I pun boleh quote ayat ustaz untuk kepentingan I. Kena menangkan nafsu beli belah kami!

Tapi kami tak buat sebab: Ada aqal dan sayang suami.


3. Nafsu marah
Kalau menangkan nafsu: Setiap kali rasa marah pada suami mahupun orang lain, haruslah menengking suami biarpun di khalayak ramai. Mungkin menampar suami boleh memberi ketenangan jiwa terutama kalau suami jenis mulut laser.
Suami tak boleh tidur di tempat lain seperti hotel, tapi tidak boleh tidur dalam bilik. Kalau suami cuba masuk bilik, wajiblah derhaka dengan membaling barang kepada suami. Kalau suami cuba pujuk baik-baik pun tempelak je dia. Rosakkan semua barang suami, bakar pakaian dia yang elok-elok dan alatan grooming supaya dia kelihatan buruk di depan perempuan lain.
Suami hanya mampu pujuk dengan membeli sebuah Audi S5 yang ditempah khas dari German.
Kalau suami marah kita balik, kita sebarkan aib suami kita dalam FB dan Twitter.
Dosa besar tolak tepi sebab ini situasi nak menangkan nafsu oqeh. Pedulikan maruah suami kerana kena menangkan nafsu marah kami!

Tapi kami tak buat sebab: Ada aqal dan sayang suami.


4. Nafsu malas
Kalau menangkan nafsu: Kami mahu ada tukang masak bertaraf 5 bintang, pemandu, juruhias peribadi, nanny, pembantu rumah yang ramai dan sudah tentu kami tak mau bekerja hanya mahu menerima elaun sekurang-kurangnya 8riban daripada suami setiap bulan. Pemandu tu penting supaya kami tak perlu memandu apatah lagi menggunakan pengangkutan awam.
Suami nak rasa masakan isteri? Sorry. Malas. Buatkan air? Nak suruh urut? Malas. Nak iron baju suami? Malas. Eh tapi tu bukan tugas isteri pun. Jaga anak? Lagi malas. Mengandung pun malas. Beranak pun malas. Schedule C-sect awal-awal sebab malas nak meneran.
Nak keluar rumah pun malas nak berpakaian decent, berkemban je pegi ambik surat berdaftar kat posmen depan gate rumah. Nak tutup aurat jauh sekali.
Pedulikan kecik hati suami dan noda dosa. Sebab yang penting kena menangkan nafsu malas.

Tapi kami tak buat sebab: Ada aqal dan sayang suami.


5. Nafsu berlibur
Kalau nak menangkan nafsu: Kami memang malas nak buat kerja rumah, kalau boleh nak berlibur sahaja bersama teman-teman, adik-beradik, mahupun suami. Karaoke tiap-tiap hari, wayang, main di arked, poco-poco, shopping, itu saja yang kami mahu. Bila penat kami mahu ke spa dan salun.
Kami nak Redbox dan TGV buka cawangan dalam rumah kami supaya senang nak berlibur. Bila kami keluar dengan rakan-rakan, suami jangan kacau sibuk telefon tanya pulang pukul berapa. Tak kisah pun suami tak makan ke apa sebab nak menangkan nafsu lebih penting.

Tapi kami tak buat sebab: Ada aqal dan sayang suami.


6. Nafsu berhias melampau
Kalau nak menangkan nafsu: Tak payah lah nak beri tazkirah pasal sanggul palsu ke tutup aurat ke apa.
Kami cuma mahu kelihatan cantik di mata dunia. Bukan cantik hanya di mata suami. Kalau boleh nak cantik macam Miss Universe. Nak pakai baju macam Miss Universe, doesn't matter how skimpy. Benda cantik buat apa sorok.
Kalau belum sempurna, pergi buat treatment kat spa mahupun menjalani pembedahan plastik. Besarkan mana yang patut, kecikkan mana yang patut, tegangkan, buang itu, tambah ini. Lepas tu tayang pada dunia.
Lantaklah suami kena buat loan pun. Yang penting kami nak cantik! Kena menangkan nafsu nak berhias!

Tapi kami tak buat sebab: Ada aqal dan jaga hati suami.


7. Nafsu seks (apa kau ingat lelaki je ada libido?)
Kalau nak menangkan nafsu: Mestilah simpan anak ikan. Lepas tu mengadu kat lelaki simpanan tentang kekurangan suami. Perempuan pun ada nafsu seks dan bukan sentiasa dipenuhi.
Bagaimana kalau perempuan itu horny waktu suami outstation atau overtime? Atau suami sedang mesyuarat di siang hari? Pedulikan susah payah suami cari nafkah untuk isteri, cari saja lelaki lain. Nafsu didahulukan, kepuasan diutamakan. Bukan susah pun nak cari partner buat dosa besar. Tak cari pun ada je yang offer. Kan? kan?
Tapi bagaimana pula kalau isteri horny dalam keadaan datang bulan? Kalau selepas melahirkan, wanita itu gersang? apa boleh dia buat? tiada apa-apa kerana sudah berjahit dan berdarah. Pasrah, dan sabar. Itu saja. Sedangkan suami sedap-sedap je menggunakan alasan untuk ke rumah urut.
Kalau isteri digoda lesbian? Layankan saja. Jangan risau, dosa kita suami yang tanggung sebab kegagalan mereka memuaskan nafsu kita.
Macam biasa, tolak tepi hukum agama dan disgust, kerana nafsu seks isteri mesti dimenangkan!

Tapi kami tak buat sebab: Ada aqal dan sayang Tuhan.



Ya itulah gambaran yang dapat aku berikan kalau perempuan pun nak menangkan nafsu sebagaimana lelaki memenangkan nafsu seks mereka dan menyalahkan wanita apabila lelaki membuat dosa.
Jangan lupa, fikir balik kenapa suami yang tanggung dosa isteri dan bukan sebaliknya. Kerana suami yang harus pastikan isteri tak buat dosa-dosa di atas, bukannya suami buat dosa dan salahkan isteri. Kalau bila suami berdosa itu salah isteri, tentulah kami yang tanggung dosa suami.

By the way, sebenarnya part 'kami tak buat sebab ada aqal dan sayang suami' is only partially true.
Sebenarnya kami tak boleh menangkan nafsu kerana kekangan ekonomi kerana suami kami bukan jutawan.
Maka kami sebenarnya tertekan kerana menahan semua nafsu-nafsu di atas akibat kekurangan modal. Sepanjang masa, mungkin sepanjang hayat kami bersusah payah mengekang nafsu itu.

Tak hairanlah wanita lebih ramai mengidap kemurungan berbanding lelaki.

Ini dari WHO;
"Gender differences occur particularly in the rates of common mental disorders - depression, anxiety and somatic complaints. These disorders, in which women predominate, affect approximately 1 in 3 people in the community and constitute a serious public health problem.
Unipolar depression, predicted to be the second leading cause of global disability burden by 2020, is twice as common in women.Depression is not only the most common women's mental health problem but may be more persistent in women than men."

Ini kisah di Malaysia;

Katanya Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak...kedua-dua ini punca yang penting.


Kalau suami kami perdana menteri mungkin tiada masalah untuk melempiaskan nafsu-nafsu berikut.

Oleh itu harapan saya supaya golongan lelaki yang mahu kami faham pengaruh nafsu seks mereka turut cuba memahami tekanan melampau yang wanita alami kerana tidak dapat memenuhi tuntutan nafsu di atas.

Buruk padahnya kalau wanita juga menangkan nafsu tanpa memikirkan perasaan suami dan dosa, sepertimana lelaki yang menyalahkan isteri dalam pantang tidak dapat memenuhi nafsu suami (juga tidak pedulikan perasaan isteri dan dosa)
.

February 13, 2012

Sisterhood/Brotherhood Advice

Adik,

Kalau lelaki tu cakap ex-girlfriend dia psycho,
atau freak,
atau jalang,

Adik jangan terus percaya.


Kalau curious sangat, adik siasat sendiri.
Kenal sendiri exgirlfriend dia.

Baru tau siapa psycho sebenarnya.


Abang,

Kalau perempuan tu cakap ex-boyfriend dia psycho,
atau abusive,
atau douchebag,

Abang jangan terus percaya.


Abang wait and see,
Kenal minah tu siapa dulu.


Jangan dengar cerita one-sided oqeh?
.

February 02, 2012

Jumaat! Jumaat!